Sunday, December 13, 2015

Selepas Kata Ismail Sabri Menteri Kurang Ajar, Syed Hamid Diminta Duduk Rumah Jaga Cucu Oleh EXCO Pemuda UMNO..


Puncanya ialah kerana Ismail Sabri tak berapa nak layan dia selepas solat Jumaat di PWTC jumaat lalu.. jadi Syed Hamid yang bengang terus post satu status dalam FB miliknya..

Katanya “Hari ini saya berada di PWTC dengan seorang menteri yang cukup sombong dan menunjukan jawatannya di khalayak ramai. Kasar dan kurang sopan”

“Kalau saya pengundi, saya tidak akan mengundi menteri macam ini. Buat orang benci pada kerajaan sahaja. Padahal, masa saya menteri dia tidak ada jawatan pun”.

Dan ianya telah dilaporkan oleh SuaraTV, berikut adalah sebahagian dari laporannya..

KUALA LUMPUR – Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar meluahkan rasa kurang senang terhadap Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dianggapnya sebagai bersikap kurang ajar dan sombong.

Beliau ketika dihubungi SuaraTV sebentar tadi mengesahkan mengenai perkara itu.

“Pada mulanya saya tidak ingin menyebut sebarang nama, tapi kejadian tersebut perlu dihebahkan kepada orang ramai.

“Sebab menteri yang saya maksudnya ialah Datuk Ismail Sabri, tapi bukan Khairy sebab saya tak ada jumpa dia” katanya kepada SuaraTV.

Syed Hamid juga merupakan bekas menteri dalam negeri berkata, disebabkan isu tersebut ramai yang menghubungi beliau bagi bertanya mengenainya.

Menurutnya insiden tersebut bermula apabila beliau cuba menerangkan isu kenaikan harga yang melibatkan pengangkutan awam kepada Ismail yang juga merupakan ahli majlis tertinggi UMNO.

“Bila saya cuba maklumkan mengenai perkara tersebut (kenaikan harga adalah merupakan keputusan kabinet), dia (Ismail) terus menjawab ‘Tak, saya menteri kabinet saya tahu dan kita (mesyuarat kabinet) tidak pernah membincangkan mengenainya’.

“Lepas cakap macam tu, dia terus beredar pergi tanpa menunggu sebarang penjelasan daripada saya” ujar Syed Hamid lagi ketika menerangkan mengenai insiden yang berlaku selepas solat Jumaat di PWTC semalam.

Tidak berpuas hati dengan kenyataan tersebut, Syed Hamid kemudiannya muat naik perkara tersebut di laman Facebook beliau... laporan penuh silalah baca di ( SINI )

Bagaimanapun kenyataan Syed Hamid itu dibidas oleh seorang EXCO Pemuda UMNO katanya Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) itu sebenarnya yang tidak disukai kerana sombong, bongkak dan tidak tahu menghormati orang lain.



Menurut Nazir Husin Akhbar Hussin kenyataan itu berdasarkan pengalamannya ketika Syed Hamid menjawat jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri.

“Pengalaman saya sendiri sewaktu Tan Sri Syed Hamid Menteri KDN. Habis dia gaduh dengan semua pegawai dan bagaimana dia mendongak langit dan menyombong,” tulisnya di Facebook.

EXCO Pemuda UMNO, Nazir Husin Akhbar Hussin menyelar kenyataan Tan Sri Syed Hamid Albar yang menyifatkan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob seorang menteri yang sombong dan bongkak.

Nazir melalui laman Facebooknya mempertahankan Ismail Sabri berkata, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) itu sebenarnya yang tidak disukai kerana sombong, bongkak dan tidak tahu menghormati orang lain.

Menurut Nazir lagi kenyataan itu berdasarkan pengalamannya ketika Syed Hamid menjawat jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri.

“Pengalaman saya sendiri sewaktu Tan Sri Syed Hamid Menteri KDN. Habis dia gaduh dengan semua pegawai dan bagaimana dia mendongak langit dan menyombong,” tulisnya di Facebook.

Nazir Husin turut mempersoalkan sumbangan yang diberikan Syed Hamid sepanjang beliau menjadi menteri.

“Pada saya, Tan Sri patut duduk rumah jaga cucu. Dah tak perlu la sibuk-sibuk nak pegang apa-apa jawatan dan tak perlu nak mengata menteri lain tak betul.

“Satu jari awak menuding kepada orang lain empat lagi masih menuding pada awak semula . Tak perlu komen, cukup saya katakan, saya lagi meluat dengan komen awak Tan Sri. Patut dah berumur tu patut lebih matang dan bijak mengawal emosi bukannya nak sentap. Buang la ego tu meluat orang muda tengok,” tulisnya.

Nazir Husin berkata, berbanding Syed Hamid, Ismail Sabri seorang yang peramah dan mudah didekati semua lapisan masyarakat, mendengar pandangan serta mahu memperjuangkan isu anak-anak muda, ekonomi bangsa Melayu dan sedia turun padang berjumpa rakyat - SuaraTV

Syed Hamid kata Ismail Sabri Menteri kurang ajar dan sombong.. EXCO Pemuda UMNO pula kata Syed Hamid suka gaduh dengan semua orang mendongak langit dan menyombong..

Dan kedua-duanya datang dari parti yang kononnnya memperjuangkan bangsa Melayu.. iaitu UMNO.

Mungkin sombong, bongkak dan kurang ajar itu adalah kriteria yang ditetapkan oleh UMNO bila dah jadi Menteri kot?

Moral of the story.. dalam UMNO bila ada kuasa dihormati.. bila dah tak berkuasa walaupun dah tua.. macam Ismail Sabri buat kat Syed Hamid itulah...


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails