Tuesday, December 1, 2015

Proton Mahal Sebab Kerajaan Najib - Mahathir


Orang ramai tidak seharusnya menyalahkan Proton Holdings Bhd. (Proton) ekoran harga tinggi kereta itu dipasaran tempatan.

Sebaliknya, mereka wajar menuding jari dengan menyalahkan kerajaan ekoran cukai yang dikenakan terhadap kereta itu terlalu tinggi dan tidak masuk akal sekaligus menyebabkan perkara itu berlaku.

Perkara itu didedahkan oleh Pengerusi Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu tuduhan terhadap Proton mengenai perkara berkenaan dihentikan.

“Proton selalu dipersalahkan ekoran harga kenderaan yang mahal. Ia bukan salah Proton. Pihak Kerajaan yang mahu mencukaikan kenderaan sehingga 300 peratus.

“Kerajaan mahukan pendapatan. Kita (Proton) bukan punca kepada harga kenderaan yang tinggi,” katanya dalam sidang media di Pusat Kecemerlangan Proton pada Selasa.

Selain itu, Dr Mahathir yang merupakan bekas Perdana Menteri turut mendedahkan bahawa terdapat kempen yang menggesa agar rakyat Malaysia tidak membeli kereta buatan Proton.

“Terdapat kempen untuk rakyat Malaysia supaya tidak membeli kereta buatan Proton,” ujarnya. Pada masa sama,

Dr Mahathir juga menyatakan sehingga kini, pihak kerajaan juga tidak memperuntukkan sebarang peruntukkan kepada Proton untuk kereta elektrik.

“Tiada peruntukan khas untuk kereta elektrik. Cukuplah agar kerajaan tidak menggalakkan rakyat di negara ini untuk membeli kereta import,” ujarnya.

Bukan setakat itu, malah, beliau turut menyatakan sehingga kini pihak kerajaan masih belum membuat apa-apa bayaran royalti terhadap kereta elektrik buatan Proton.

“Kerajaan mahukan kita buat sebuah kereta elektrik, setelah kita buat dan harumkan nama negara, kita masih tidak menerima apa-apa bayaran.

“Sebaliknya, kita pula keluarkan duit sendiri untuk menghasilkan kereta hybrid, dan kereta elektrik,” ujarnya lagi lapor Free Malaysia Today


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails