Sunday, December 13, 2015

Pemimpin UMNO Akui Agih Wang Kepada Ahli UMNO Dalam Bas..


Bekas Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia, Senator Shahahim Mohamad Yusoff mengaku memberi wang kepada ahli UMNO dan penduduk kampungnya dari Sungai Petani, Kedah yang datang ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini.

Katanya, wang itu adalah untuk perbelanjaan rombongan berkenaan membeli telekung baru kerana sebelum pulang ke Sungai Petani, mereka dijadual singgah di Masjid India, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur terlebih dahulu.

“Saya mengaku gambar yang diviralkan, yang memaparkan saya sedangkan mengagihkan wang kepada ahli UMNO di atas sebuah bas itu adalah betul.

“Saya beri duit itu kepada ahli UMNO dan orang kawasan saya dari kampung yang setahun sekali datang ke Kuala Lumpur untuk mengikuti Perhimpunan Agung UMNO.

“Saya juga berucap di atas bas itu dan meminta mereka membeli telekung baru kerana sebelum balik, mereka akan ke Masjid India,” katanya menjawab tuduhan pihak tertentu yang mendakwa beliau telah menyogok perwakilan menerusi akaun Facebooknya hari ini.

Shahanim mengakui turut berasa sedih dan kecewa kerana tindakannya memberikan sedikit wang kepada orang kampungnya menyebabkan beliau telah dihina, dikeji dan dicaci.

Ujarnya, beliau menyerahkan kepada Allah atas apa yang berlaku dan tidak berdaya untuk menghalang caci maki orang ramai terhadapnya.

“Saya berserah kepada Allah. Saya tidak boleh halang tanggapan orang. Biarlah saya dikeji kerana tangan yang memberi, daripada saya dikeji oleh orang kampung yang datang Kuala Lumpur, tetapi saya tidak pedulikan (kehadiran) mereka.

“Walaupun satu dunia viralkan, saya tetap saya. Tetap akan berkongsi rezeki dengan yang kurang berkemampuan sampai bila-bila,” katanya.

Menurut Shahanim, apabila menjadi pemimpin, jiwa mesti besar dan bersedia menempuh pelbagai ujian.

“Saya adalah diri saya. Saya mengaku apa yang saya bagi (beri). Terima kasih Allah (kerana) rezeki ini dapat dikongsi bersama.

“Bukan sahaja makcik-makcik, tetapi gelandangan dan pelajar-pelajar miskin (pun diagihkan wang),” katanya lapor MalaysiaGazette


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails