Thursday, December 24, 2015

Nurul Nuha Anwar, Dilaporkan Dimasukkan Ke ICU


Anak perempuan bekas pemimpin pembangkang, Nurul Nuha Anwar, dilaporkan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital di sini dipercayai terjatuh di rumahnya.

Sumber yang rapat dengan keluarga bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mengesahkan perkara ini dan menambah bahawa permohonan telah dibuat untuk Anwar melawat anak perempuannya di hospital.

“Beliau telah dibenarkan untuk melawat anaknya pukul 5 petang semalam (23 Disember).

“Dia stabil dan sedar. Hanya perlu banyak berehat,” kata sumber itu ketika dihubungi.

Anwar kini dipenjarakan di Sungai Buloh dan sedang menjalani hukuman penjara lima tahun.

Isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, merupakan ketua pembangkang yang baru lapor The Rakyat Post.

Dan menurut CheguBard memandangkan kecederaan yang dialami Nurul Nuha agak serius, Anwar Ibrahim telah dibawa dari Penjara Sungai Buloh untuk melawatnya semalam..


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails