Saturday, December 26, 2015

Nurul Nuha Masih Di ICU, Keadaan Positif (Video Inside)


Anak kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha Anwar yang dilaporkan cedera akibat terjatuh di rumahnya baru-baru ini disarankan supaya berehat dan tidak tidak digalakkan menerima tetamu.

Kakaknya, Nurul Izzah Anwar, berkata doktor hospital swasta terbabit yang merawat Nurul Nuha memberitahunya ruang rehat yang secukupnya diperlukan Nurul Nuha bagi membantu beliau kembali sihat dengan lebih cepat.

“Nuha sangat positif tetapi masih dipantau di Unit Rawatan Rapi (ICU). Doktor minta dia berehat dan tidak galakkan pelawat. Sama-sama kita doakan dia cepat sembuh,” kata Nurul Izzah kepada Selangor Kini malam tadi.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu juga memberitahu Anwar turut mendapat kebenaran pihak Penjara Sungai Buloh untuk melawat Nuha pada jam jam 3.30 petang semalam.

Anwar berada di hospital swasta yang tidak dinyatakan itu selama kira-kira 45 minit sebelum dibawa pulang semula ke Penjara Sungai Buloh.





Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails