Friday, December 18, 2015

Kenapa Harga Barang Naik? Ini Jawapan Najib..


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan nilai ringgit dan harga minyak mentah adalah dua faktor mengakibatkan sesetengah harga barang dan perkhidmatan naik ketika ini. 

Penjelasan itu dibuat oleh Najib melalui ucapan terbaru yang dimuat naik di laman web NajibRazak.com.

"Pertama sekali, adalah faktor luar yang memberi tekanan terhadap ekonomi negara.

"Apabila harga minyak mentah dunia turun, maka pendapatan Kerajaan berkurangan. Dalam konteks ini, dijangka lebih daripada RM30 bilion pada tahun hadapan," kata beliau.

Keadaan itu tambahnya, menyukarkan kerajaan melakukan campur tangan seperti menambah subsidi.
Kesan daripada berkurangnya pendapatan negara itu pula mendorong pelabur menjual Ringgit untuk melabur di negara yang tidak terkesan dengan kejatuhan harga minyak.

"Kesannya, nilai Ringgit kita menguncup menyebabkan harga barangan import menjadi lebih mahal," ujar Najib.

Pada masa sama, Perdana Menteri turut menyelar pihak yang cuba mengelirukan masyarakat tentang punca sebenar kenaikan harga barang dan kejatuhan Ringgit.

"Mereka cuba menyalahkan kerajaan semata-mata, walhal Kerajaan sedang berusaha dengan gigih mencari jalan bagi mengawal harga barang yang naik akibat faktor luaran," katanya.

Tambah Najib, kerajaan juga telah mengumumkan diskaun-diskaun khas pengangkutan awam baru-baru ini dan Kerajaan juga sedang meneliti langkah-langkah lain yang untuk menangani peningkatan kos sara hidup rakyat lapor AstroAwani


Hmmm.. tak mengaku jugak yang dia dah gagal sebagai Menteri Kewangan..


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails