Friday, December 4, 2015

Apa Lagi Yang Nak Naik Najib?


KENAIKAN tambang baharu bagi perkhidmatan KTM Komuter yang berkuatkuasa semalam mengundang keluhan serta kritikan netizen yang menggunakan perkhidmatan tersebut.

Tinjauan di laman sosial mendapati, rata-rata pengguna terkejut dengan kenaikan tambang berkenaan yang dianggap sebagai satu kenaikan yang tinggi dan membebankan.

Netizen turut berkongsi foto tiket tambang perbezaan harga tiket sebelum dan selepas kenaikan tambang perkhidmatan awam tersebut.

Salah seorang netizen yang menggunakan nama Nafi Guitaris menulis di laman Facebook, "Sebelum ni, tiket komuter dari Bangi ke Bandar Tasik Selatan RM 2.90 sahaja. Lepas kenaikan RM 4.30...fuhh! Naik RM 1.30. Banyak kot,”.

"Tiket Komuter saya dari Shah Alam ke Subang Jaya naik dari RM1 ke RM2. Kenaikan 100 peratus. Terima kasihlah atas keprihatinan semua pihak. Ada lagi tak yang mau naik?," tulis Noor Azura Usof.

"Dulu Nilai ke Seremban tiket komuter pergi balik RM4.60 sahaja. Mula hari ini pergi balik RM7.20. Semua nak naik, reda," tulis Era Yusdi.

Tidak kurang juga ada yang menyindir supaya kenaikan tambang baharu ini selaras dengan mutu perkhidmatan yang ditawarkan.

"Aku harap dengan kenaikan semua harga tiket ni...ERL, komuter,LRT dan Monorel kat KL ni ditambah baik. Tak payah berdiri-diri dan bersesak-sesak macam sardin dalam tin.

“Tak payah tunggu terpacak macam tiang elektrik kat platform lama-lama dan kelajuan sampai tak sempat nak tidur sampai ternganga mulut. Barulah sesuai dengan harga tiket tu," tulis Cik Ct Ezzah.

KTM Berhad baru-baru ini mengumumkan kadar baharu perkhidmatannya yang menyaksikan kenaikan tambang dari 4 sen satu kilometer dengan maksimum kenaikan RM7.10 bagi satu perjalanan mulai 2 Disember.‎

Pelarasan tambang kali terakhir bagi KTM Komuter adalah pada Februari 2003 lapor Sinar Harian


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails