Thursday, December 3, 2015

Akhirnya.. Presiden Dan Timbalan Presiden YaPEIM Letak Semua Jawatan


Mula-mula kita ucapkan syabas kepada National Oversight & Whistleblower (NOW) yang telah mendedahkan kepada umum tentang skandal YaPEIM ini..

Pendedahan NOW menunjukkan individu terutamanya Dato’ Haji Abd. Malek B. Awang Kechil iaitu Presiden Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM memegang 12 jawatan dalam YaPEIM dan anak syarikatnya dengan pendapatan RM 73,000.00 sebulan.

Manakala Pemimpin Wanita UMNO Kelantan, Datuk Hajjah Siti Jeliha @ Zaleha Binti Hussin yang juga Timbalan Presiden Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM memegang sekurang-kurangnya tujuh jawatan didalam YaPEIM dan anak syarikatnya dengan pendapatan RM 45,500.00 sebulan.

Suaminya iaitu Haji Ismail Bin Mat Nasib dilantik sebagai Fellow dengan pendapatan sebanyak RM 5,000 sebulan.

Selain suami, anak pemimpin Wanita UMNO itu juga telah dilantik memegang enam jawatan dalam YaPEIM dan anak syarikatnya pendapatan bulanan mencecah RM31,200 sebulan..



Pendedahan itu telah menyebabkan Najib mengeluarkan arahan supaya dibentuk satu pasukan khas atau ‘task force’ bagi menilai dan menambah baik aspek tadbir urus agensi-agensi agama termasuklah YaPEIM.

Oleh itu Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) sedang melaksanakan langkah-langkah penambahbaikan ke arah mencapai sistem tadbir urus yang sempurna secara berterusan menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Abibullah Samsudin.

Dan dalam masa yang sama beliau mengumumkan presiden dan timbalan presiden YaPEIM telah meletak jawatan di dalam semua anak-anak syarikat YaPEIM..

“Beliau turut menyarankan agar agensi agama seperti YaPEIM hendaklah bukan sahaja memastikan segala operasinya mematuhi peraturan tetapi juga mestilah sentiasa berusaha untuk menepati prinsip moral dan integriti,” katanya dalam kenyataan hari ini.  
Abibullah berkata buat masa ini, presiden dan timbalan presiden YaPEIM telah meletak jawatan di dalam semua anak-anak syarikat YaPEIM, termasuk perletakan jawatan Felo Institut Penyelidikan dan Perundingan YaPEIM Sdn. Bhd berkuatkuasa pada 1 Disember 2015.  
“Keputusan ini dibuat oleh presiden dan timbalan presiden YaPEIM bagi membolehkan mereka memberi tumpuan sepenuhnya kepada urusan-urusan di YaPEIM.  
“Penambahbaikan tadbir urus YaPEIM akan dibuat secara berterusan bagi memastikan YaPEIM menjadi sebuah institusi ummah yang dipercayai dan diyakini,” katanya - The Rakyat Post

Semoga kekosongan dalam jawatan itu diisi oleh anak-anak Malaysia yang berugama Islam yang lebih layak..

Jangan pulak bila isu dah reda depa sapu balik jawatan tu...


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails