Sunday, November 1, 2015

Tambang komuter naik Disember ini


KTM Berhad (KTM) akan menaikkan kadar tambang bagi perkhidmatan KTM Komuter berkuat kuasa Disember ini.

Pengerusinya, Datuk Nawawi Ahmad, berkata pengumuman mengenai kenaikannya akan dibuat esok.

Katanya, Suruhanjaya Pengangkutan Awam dan Darat (SPAD) akan mengumumkan kenaikan kadar tambang KTM Komuter dengan mengecualikan perkhidmatan KTMB Intercity.

Justeru, pengguna boleh menjangkakan harga setiap kilometer perjalanan akan bertambah daripada 11 sen kepada 15 sen.

Sebelum ini, Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar membayangkan tambang monorel dan LRT akan naik.

Ini berikutan SPAD telah mendapat kelulusan daripada Kabinet untuk menaikkan tambang komuter.

Sebelum ini, kumpulan pengguna menyuarakan kebimbangan berhubung kenaikan kadar tol yang dijangka menambah lagi tekanan dan bebanan terhadap kos sara hidup, yang semakin meningkat sejak tahun-tahun kebelakangan ini.

Pertengahan bulan lalu, kadar tol di beberapa lebuh raya dan jalan utama termasuk di Lembah Klang yang dikendalikan beberapa syarikat konsesi naik antara 10 sen dan RM6.--MalaysiaGazette


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails