Friday, November 13, 2015

NOW Dakwa Seorang Menteri Guna RM410,978 Dana YaPEIM Untuk Ke Amerika Syarikat, Main Golf Dan Shopping?


National Oversight and Whistleblowers (NOW) mendedahkan seorang Menteri telah menggunakan RM410,978.56 wang Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Pengarahnya, Akmal Nasir berkata, Menteri tersebut dan isterinya telah menggunakan wang anak yatim dan miskin untuk membiayai perjalanan ke luar negara bersama isteri, bermain golf dan lawatan ke pusat membeli-belah.

Perjalanan ke Amerika Syarikat itu dikatakan dibuat pada 21 Mei 2014 sehingga 29 Mei 2014 itu untuk tujuan ‘Pemantapan dan Pemerkasaan Kelab Santun YaPEIM..

Antara bayaran yang dibuat oleh YaPEIM adalah sebanyak RM274,493.10 untuk kos penerbangan pergi dan balik Menteri itu dan isterinya ke Amerika Syarikat.

Selain, majlis keraian menteri termasuk bermain golf berjumlah RM1,658.96 dan sebanyak RM3,200.72 digunakan untuk cenderahati menteri.

Persoalannya di sini ialah bagaimana yayasan berkaitan Islam yang terletak di bawah Perdana Menteri boleh disalah gunakan untuk aktiviti-aktiviti menteri...

Berikut adalah laporan dari The Malaysian Insider

Selepas beberapa kontroversi dalam pentadbiran sebuah yayasan di bawah Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) hari ini mendedahkan, pihak berkenaan turut menggunakan wang daripada tabung anak yatim bagi membiayai perbelanjaan seorang menteri dan isterinya di Amerika Syarikat (AS). 
Pengarah NOW, Akmal Nasir mendakwa satu rombongan diadakan 21 Mei hingga 29 Mei 2014, melawat bandar Washington DC, Minnesota dan Iowa. 
Beliau memberitahu satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini, pembayaran lawatan menteri dan rombongannya itu dibuat melalui sebuah institusi di bawah kawalan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (Yapeim). 
"Lebih mendukacitakan, pembayaran itu dibuat melalui institusi kawalan Yapeim iaitu Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (Pemangkin) yang mana duit itu adalah khusus untuk kegunaan bantuan anak yatim dan miskin," katanya. 
Akmal mendedahkan jumlah keseluruhan perbelanjaan diambil daripada tabung anak yatim dan miskin bagi menampung perbelanjaan menteri bersama isteri serta rombongan itu dianggarkan RM410,978.56.

RM410,978.56 tu kalaulah diberi seorang RM5,000 kepada orang-orang Islam untuk membantu memulakan perniagaan kecil-kecilan.. sekurang-kurangnya 80 orang Islam boleh dibantu..

Lebih baik diberi begitu saja kepada 80 orang Islam itu dari dibiarkan dikedarah oleh seorang Menteri dan bininya...

Sekurang-kurangnya ia menepati matlamat penubuhan YaPEIM tu...



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails