Thursday, November 19, 2015

Salleh Man Masih Sebahagian Pentadbiran Pulau Pinang, Sebab Pembangkang Itu PAS Bukan Dia.. Kata Dia..


Dalam sistem demokrasi berparlimen, peranan wakil rakyat tidak hanya dalam Parlimen dan Kabinet, dari segi konteks politik kepartian, lazimnya peranan wakil rakyat dalam kedua-dua institusi politik ini dibayangi oleh kedudukannya dalam parti politik.

Di Parlimen, wakil rakyat bukan sahaja mewakili suara rakyat yang telah memilihnya, tetapi turut mewakili kepentingan parti politik yang disertainya.

Dalam parti politik pula, wakil rakyat mempunyai peranan dan tanggungjawab yang sangat besar, antaranya mengekalkan kepercayaan dan sokongan rakyat kepada parti berterusan, di samping meningkat kan prestasi parti dalam pilihan raya sehingga mampu membentuk kerajaan.

Berlainan pula halnya dalam kes Salleh Man ini..

Parti yang diwakili olehnya telah mengistiharkan Parti mereka iaitu PAS adalah Pembangkang di Pulau Pinang, tetapi Salleh Man ADUN PAS Permatang Pasir menegaskan dirinya adalah sebahagian dari pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Kerana katanya Setiausaha Agung PAS hanya menyebut parti bukannya Wakil Rakyat jadi Ia tak sama..

Maka jadilah dia sebagai wakil pembangkang yang memegang jawatan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri dan menjadikan Kerajaan Pulau Pinang paling unik dalam Malaysia..

Unik laa.. wakil parti pembangkang memegang jawatan dalam pentadbiran kerajaan..

Pening aih aku!!.. menang dan jadi Wakil Rakyat kerana dicalonkan oleh parti.. bila parti dah buat keputusan untuk jadi pembangkang dia kata Wakil Rakyat dan parti tak sama pulak..

Wakil rakyat tunggal PAS dalam dewan perundangan Pulau Pinang menegaskan beliau masih sebahagian pentadbiran negeri walaupun setiausaha agung parti itu mengisytiharkan ia kini di pihak pembangkang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir Datuk Mohd Salleh Man berkata, beliau baru sahaja membaca berita mengenai kenyataan setiausaha agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan apabila pemberita menyerbu beliau di DUN Pulau Pinang bertanyakan hal itu.

Beliau berkata, Takiyuddin hanya mengumumkan parti itu kini pembangkang di Pulau Pinang tetapi tidak berkata apa-apa tentang wakil rakyatnya.

"Beliau tidak kata wakil rakyat pun sama. Beliau hanya menyebut parti. Ia tak sama," kata Salleh.

Ditekan pemberita untuk mendapatkan menjelaskan, beliau berkata, "Bagaimana pula dengan keadaan di Selangor?"

PAS tetap sebahagian daripada pentadbiran Selangor, bersama PKR dan DAP, walaupun dengan terkuburnya Pakatan Rakyat selepas PAS memutuskan hubungan dengan DAP terdahulu tahun ini.

Tiada seorang pun daripada exco negeri PAS di Selangor meletakkan jawatan.

Bagaimanapun, tidak seperti Pulau Pinang, kerajaan Selangor pimpinan PKR tidak mengumumkan ia sebuah kerajaan Pakatan Harapan.

Takiyuddin hari ini berkata, PAS kini sebuah parti pembangkang di Pulau Pinang selepas kira-kira 300 ahlinya yang memegang pelbagai jawatan di Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) negeri itu dipecat baru-baru ini.

Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata, kerajaan negeri menghantar surat penamatan kepada mereka kerana pentadbiran memerlukan orang yang boleh bekerjasama dan menyokong kerajaan negeri serta dasar-dasarnya.

Salleh menegaskan beliau masih anggota kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang, satu kenyataan yang dibuat Ketua Menteri Lim Guan Eng sendiri selepas Salleh mengesahkan sokongannya kepada pentadbiran DAP.

Salleh berkata, kedudukannya bergantung kepada speaker DUN.

"Saya memenangi kerusi itu atas semangat Pakatan Rakyat. Gabungan itu membentuk kerajaan negeri dan kini nama kerajaan negeri ditukar kepada Pakatan Harapan.

"Perubahan nama tidak menjadi isu kepada saya. Sebagai Adun pentadbiran ini, saya akan menyokong kerajaannya, tidak kira apa juga nama yang diberi.

"Kita perlu menghormati manifesto yang membawa kepada kemenangan kita dalam pilihan raya. Tidak perlu buat apa-apa andaian lagi." - The Malaysian Insider

Tapi rasanya kalau aku pening.. Salleh Man lagilah teruk peningnya..

Mana tak pening... empat jawatan kalau tak silap aku dipegangnya dalam GLC dan bukan GLC di negeri Pulau Pinang ini.. takkan nak lepas macam tu saja kot???


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails