Wednesday, November 4, 2015

Rahman Dahlan Buat Bodoh Saja, Walau Teruk Dikutuk..


Datuk Abdul Rahman Dahlan dikritik hebat di media sosial hari ini lantaran kenyataannya yang mencadangkan pemandu bangun awal dan memilih laluan alternatif untuk mengelak kenaikan bayaran tol.

Ramai warga media sosial yang menyindir menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan di Twitter, tidak kurang juga mereka yang mengeluarkan kata-kata kesat.

Kenyataan itu sangat menangkap minat pengguna Internet, sehingga hashtag #MPKotaBeludAdvice, yang merujuk kepada pandangan sebagai ahli parlimen Kota Belud, menjadi “trending” nombor satu di Malaysia, petang semalam.

Abdul Rahman juga dikritik Young Syefura Othman, ahli jawatankuasa DAP Selangor, menyebabkan setiausaha sulit kanan beliau Jessy Jolie, penasihat Elviza Michele Kamal, dan setiausaha akhbar Fadzmel Fadzil tampil membantunya.

Namun, menteri itu bukanlah seorang pengguna mentah di alam Internet.

Sudah biasa bertelagah dan saling usik-mengusik dengan ahli politik lain di Twitter selama beberapa tahun, Abdul Rahman melayan pengkritik beliau dengan bersahaja dan tenang.

“Saya tidak suka jalan bertol. [Kita] tidak patut membinanya. Perlu mengolah semua sumber kita untuk memastikan pengangkutan awam yang lancar,” kata beliau menjawab pengguna @TengkuSani.
“Berbilion-bilion ringgit telah dihabiskan untuk MRT dan pengangkutan transit di Lembah Klang. Ini bukti komitmen [Putrajaya]. Lebih banyak lagi akan dibelanjakan,” tambahnya.

Berikut beberapa respons Abdul Rahman kepada pengkritiknya, termasuk tweet kasar, yang mencuit hati pengguna Twitter... lihat di ( SINI )


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails