Sunday, November 15, 2015

PAS Permatang Pauh Putuskan Hubungan Dengan Salleh Man..


Pada 2 November lalu Adun tunggal Pas di Pulau Pinang, Datuk Mohd Salleh Man telah menyatakan sokongannya secara terbuka dan berterusan terhadap Kerajaan Negeri Pakatan Harapan.

Adun Permatang Pasir itu turut menyokong dan akan terus membela Ketua Menteri, Lim Guan Eng atas semangat kerjasama dalam pakatan itu.

"Kemenangan saya adalah atas semangat kerjasama Pakatan Rakyat.

"Oleh itu, saya akan terus berkhidmat dengan baik sebagai wakil rakyat di Dun Permatang Pasir dan mendoakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah kepimpinan Pakatan Harapan lebih maju," katanya pada sidang media di pejabat Ketua Menteri di Komtar.

Kenyataannya itu jelas bertentangan dengan pendirian PAS Pusat yang tidak mengiktiraf Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang.

Untuk makluman ADUN Permatang Pasir ini adalah Yang Dipertua Majlis Agama Islam (MAINPP).
Selain YDP MAINPP, beliau juga Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Zakat, Halal Penang dan Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Perpustakaan Pulau Pinang.

Rentetan dari itu, hari ini PAS Kawasan Permatang Pauh  yang telah bermesyuarat pada 9hb November 2015 telah membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Salleh Man..


Aku hormat pendirian PAS Kawasan Permatang Pauh itu..

Ada yang kata kat Salleh Man tu "Haaaa.. dia nak 'play save' sangat.. ambik habuan.. PRU14 jangan harap nak jadi calon PAS dah...."

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails