Thursday, November 19, 2015

Oh! Patutlah Gaji Penasihat-penasihat Najib Lebih Tinggi Dari Gaji Najib..


Antara pemimpin yang telah ditolak oleh rakyat tapi diambil oleh Najib sebagai Penasihatnya yang dilaporkan menerima gaji lebih tinggi dari Najib sendiri ialah Shahrizat, Noh Omar dan juga Samy Vellu..

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil adalah Penasihat Khas Hal Ehwal Wanita bagi Najib dengan pendapatan melebihi RM27,000 sebulan.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan di Selangor yang entah apa kerjanya dan terbukti hanya menghabiskan beras saja iaitu Noh Omar juga dikatakan sama dengan gaji Sharizat tu..

Samy Vellu yang dilantik sebagai Duta Khas ke India dan Asia Selatan juga menerima RM27,000 sebulan..

Kenapa mereka dibayar gaji yang lebih tinggi dari gaji Najib.. ?.. Gaji Najib RM22,826 sebulan..

Kalau tanya aku.. aku nanti jawab sebab mereka tak boleh meminta derma dari Arab yang macam Najib buat tu.. he..he..

Hari ni Azalina menjawab persoalan itu..

Lapan Duta Khas dan Penasihat Perdana Menteri yang dilantik mempunyai pengalaman dan kepakaran untuk membantu kerajaan melaksanakan program yang ditanggungjawabkan. 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, mereka dinilai berdasarkan kelayakan dan pengalaman. 
“Kerajaan hanya membayar gaji dan elaun mengikut kelayakan masing-masing berdasarkan kepakaran yang diberikan,” katanya. 
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulisnya menjawab pertanyaan Ahli Parlimen DAP-Kluang, Liew Chin Tong yang memohon penjelasan mengenai jumlah dan peranan Duta Khas dan Penasihat Perdana Menteri yang telah dilantik. 
Lapan orang tersebut adalah Penasihat agama kepada Perdana Menteri ; Datuk Seri Abdullah Md Zin , Penasihat khas Perdana Menteri mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara Datuk Seri Zainal Abidin Osman dan Penasihat Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan kepada kerajaan ; Tan Sri Dr Rais Yatim. 
Duta Khas Perdana Menteri ke China ; Tan Sri Ong Ka Ting, Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Timur ; Datuk Seri Tiong King Sing, Duta Khas ke India dan Asia Selatan dalam bidang Infrastruktur ; Datuk Seri S Samy Vellu. 
Penasihat Pembangunan Keusahawaan dan Ikhtisas Wanita ; Datuk Sri Shahrizat Abdul Jalil, dan Penasihat kepada Perdana Menteri ; Datuk Seri Shaziman Abu Mansor. 
Sementara itu mengulas mengenai keperluan anggota kabinet yang ramai di Malaysia berbanding negara-negara lain, Azalina menegaskan perlantikannya adalah di bawah prerogatif Perdana Menteri mengikut keperluan. 
“Ingin saya ingatkan di sini bahawa setiap menteri yang dilantik mempunyai portfolio serta bidang tugas masing-masing yang telah dikhususkan. 
“Melalui pengkhususan tersebut, menteri-menteri yang dilantik pastinya akan dapat menjalankan tanggungjawab mereka secara lebih fokus dan efisyen,” katanya. 
Menurut Azalina, Jabatan Perdana Menteri (JPM) juga mempunyai 92 jabatan atau agensi di bawah JPM dengan 57 jabatan, 10 Badan Berkanun Persekutuan, 13 Syarikat, lima Agensi Pembangunan Koridor, lima Yayasan dan dua Pertubuhan Antarabangsa. 
Ahli Parlimen Pengerang itu berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pas-Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang meminta penjelasan mengenai keperluan untuk anggota kabinet yang ramai berbanding negara-negara lain - Free Malaysia Today

Berkaliber?.. berkaliber kot mana tah....


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails