Friday, November 20, 2015

Nama Najib Diguna Besannya Untuk Mengugut Lapor New York Post


Besan Datuk Seri Najib Razak, Maira Nazarbayeva dikatakan cuba mengugut untuk mencederakan seorang ahli perniagaan dengan memetik hubungan anaknya dengan Perdana Menteri Malaysia, lapor akhbar The New York Post.

Memetik kenyataan saman Mahkamah Persekutuan Manhattan, laporan itu menyebut Maira dituduh mengambil dua belas beg tangan jenama Hermes yang bernilai RM400,000 tanpa membayar.

Wanita Kazakhstan itu dilaporkan memesan beg-beg berkenaan daripada daerah perniagaan Samilor pada 2014 dan 2015.

Apabila Presiden Samilor Bella Belkin mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang, Maria mengugut untuk mencederakan ahli korporat dan keluarganya.

“Kamu kenal anak saya! Beliau adalah menantu Perdana Menteri Malaysia. Saya akan cederakan awak dan keluarga awak jika awak dakwa saya,” beliau didakwa berkata.

Menurut The New York Post, peguam yang mewakili Maria tidak mahu mengulas ketika dibungi. 

Maira, adalah bekas isteri hartawan baja Bolat Nazarbayev, yang adalah adik kepada presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev.

Anak mereka, Daniyar Kessikbayev, berkahwin dengan anak perempuan Najib, Nooryana Najwa. 

Bolat juga telah menyaman Maira dan anaknya di mahkamah Manhattan dengan mendakwa kedua-dua mereka adalah "penipu bersiri yang mencuri $20 juta di Plaza Hotel" daripadanya.

Malaysiakini sedang menunggu penjelasan daripada Pejabat Perdana Menteri berhubung penggunaan nama Najib itu.


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails