Thursday, November 26, 2015

Maruah Melayu Tercabar Di Pulau Pinang Dan Selangor Sebab Rumah Mahal?


Inilah hasilnya bila yang 'kurang cerdik' diangkat menjadi Menteri, apa saja isu hendak dijadikannya modal untuk menyerlahkan keburukkan pembangkang, dalam hal ini isu rumah digunakannya..

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said "Kemampuan orang Melayu, terutamanya mereka dalam golongan berpendapatan rendah (B40) tercabar dengan harga rumah yang mahal, khususnya di Selangor dan Pulau Pinang.."

Kenapa dia kenapa dia sebut Selangor dan Pulau Pinang sahaja sedangkan umum tahu harga rumah masa kini adalah lebih bersifat 'Mampu Tengok' dari 'Mampu Milik'?

Sebabnya kedua-dua negeri tersebut diperintah oleh pembangkang, Pakatan Rakyat di Selangor dan Pakatan Harapan di Pulau Pinang.

Hakikatnya bukan di kedua-dua negeri tersebut saja yang harga rumahnya mahal tapi hampir seluruh negara..


Menurut badan pemikir Institut Rakyat, antara rumah paling mahal di Malaysia ialah di Sabah, dimana purata harga rumah di negeri Borneo itu 11 kali lebih tinggi berbanding median pendapatan tahunan keluarga iaitu RM34,320.

Ini disusuli Sarawak dan Kuala Lumpur, kata Yin Shao Loong Pengarah Eksekutif Institut Rakyat, menggunakan data suku keempat 2012 yang dibekalkan sumber rasmi.

Pada amnya, rumah di Sabah dua kali lebih mahal daripada median kebangsaan harga rumah, iaitu RM251,731.

Di Sarawak, purata harga rumah adalah RM330,594 sedangkan purata pendapatan isi rumah tahunan hanya RM36,564.

Purata harga rumah di Kuala Lumpur adalah RM576,991 tetapi median pendapatan isi rumah tahunan di bandaraya itu hanya RM70,164 atau RM5,847 sebulan.

Di Kedah pula menurut Ketua Pembangkang, Datuk Ir Amiruddin Hamzah Rumah mampu milik yang ditawarkan oleh Kerajaan Pusat melalui Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) berada pada harga harga RM100,000 hingga RM400,000 seunit dikatakan mahal dan tidak mampu dimiliki penduduk negeri Kedah.

Pendapatnya disokong oleh Ali Yahaya (BN-Pantai Merdeka) yang mencadangkan agar rumah mampu milik berada dalam lingkungan harga RM120,000 seunit dan difikirkan sesuai dengan corak kehidupan penduduk Kedah.

Ini pula apa kata Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia, negeri Johor, Ir Mahmood Amir mengenai harga rumah di Johor.

Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia, negeri, Ir Mahmood Amir mencadangkan supaya pihak kerajaan mengamalkan dasar kawalan harga bagi mengurangkan kenaikan ketara bagi memiliki kediaman di kawasan Bandar.

“Melalui perbandingan pada tahun 2010, masih ada rumah teres yang dijual pada harga RM200,000. Namun pada harga semasa ia meningkat sehingga RM400,000 tidak mustahil jika tiada kawalan harga kediaman mampu melambung tinggi sehingga RM1 juta.

“Dari segi kemampuan sudah tentu golongan Bumiputera khususnya yang ‘makan gaji’ dengan pendapatan RM2,000 hingga RM3,000 tidak mampu membelinya,” katanya.

Kalau diikutkan kata Menteri yang dipilih Najib itu.. "Kemampuan orang Melayu, terutamanya mereka dalam golongan berpendapatan rendah (B40) tercabar dengan harga rumah yang mahal" 

Maka seluruh orang Melayu diseluruh negara tercabar maruahnya sebab semua negeri harganya mahal..

Asasnya parti mana satukah yang telah mendominasi pentadbiran negara sejak merdeka?

Bodoh punya Menteri!.. cakap langsung tak berlandaskan fakta!

Laporan berkaitan..

Kemampuan orang Melayu, terutamanya mereka dalam golongan berpendapatan rendah (B40) tercabar dengan harga rumah yang mahal, khususnya di Selangor dan Pulau Pinang, kata kerajaan hari ini. 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said membuat kenyataan demikian ketika ditanya mengenai dakwaan bahawa kedudukan maruah Melayu yang dikatakan tercabar. 
"Berkaiatan tentang kedudukan maruah Melayu yang dikatakan tercabar, sememangnya terdapat kebimbangan tentang kemapuan pemilikan tanah dan rumah oleh orang Melayu. 
"Kerisauan ini ada asasnya, tatkala kita melihat contoh-contoh seperti yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor, di mana tanah-tanah untuk kediaman atau projek-projek perumahan yang dijual oleh pemaju adalah terlalu tinggi dan tidak mampu dibeli oleh orang Melayu, terutamanya golongan berpendapatan rendah ( B40)," kata Azalina dalam jawapan bertulis di parlimen. 
Menurutnya, keadaan itu secara tidak langsung menyebabkan pemilikan aset hartanah oleh orang Melayu semakin rendah dan berkurangan. 
Azalina menjawap soalan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh) yang meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyatakan laporan mengenai kedudukan maruah Melayu yang dikatakan tercabar... laporan penuh sila baca di ( SINI )


Semua isu nak dipolitikkan.. padahal isu harga rumah mahal ini melibatkan seluruh warga negara Malaysia..

Eh! silap pulak.. pembetulan.. Isu harga rumah mahal ini hanya melibatkan warga negara Malaysia yang tak menyokong UMNO/BN.. sebab macai dikatakan diberikan diskaun..


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails