Wednesday, November 18, 2015

Laaa.. dah kena pecat rupanya depa tu, jadi.. letak jawatan mai kot mana?


Semalam, PAS Bahagian Kepala Batas, Bukhori Ghazali mengumumkan bahawa Pas Kepala Batas memutuskan untuk meletak jawatan daripada JKKK di situ, berkuatkuasa serta-merta.

Yang Dipertuanya, Bukhori Ghazali berkata, sebelum ini Pas diberi mandat mengetuai 10 JKKK dalam Parlimen itu selain beberapa jawatan lain di peringkat negeri.

Namun menurutnya, Pas bukan lagi rakan dalam kepimpinan Kerajaan DAP Pulau Pinang dan Guan Eng sendiri telah menubuhkan pakatan pembangkang baharu di negeri itu yang terdiri daripada DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah).

“Melihat kepada senario semasa, Pas Kawasan Kepala Batas merasakan tiada kepentingan lagi untuk kami menerajui JKKK di kawasan ini selepas Kerajaan DAP Pulau Pinang memutuskan hubungan dengan Pas.

“Hasil mesyuarat Pas kawasan ini pada September lalu, kami hari ini mengumumkan menarik diri daripada sebarang jawatan dalam JKKK di Parlimen Kepala Batas serta-merta,” katanya kepada pemberita di Pongsu Seribu di sini malam tadi.

Tambah Bukhori, sebahagian daripada pimpinan JKKK di kawasan itu telah dilucutkan jawatan pada Ogos lalu dan diganti orang lain manakala sebahagian lagi masih dikekalkan..

Hari ini pulak dilaporkan..

Kerajaan negeri Pulau Pinang mengesahkan memecat semua ahli Pas dari Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). 
Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata ahli Pas di Kepala Batas tidak meletak jawatan seperti yang didakwa sebaliknya dipecat. 
Tambahnya lagi, pemecatan itu turut membabitkan ahli Pas dari Seberang Prai Tengah, Utara dan Selatan. 
Lim berkata, Pulau Pinang tidak memerlukan perkhidmatan ahli Pas yang tidak menyokong gabungan baru. 
Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata, kerajaan negeri telah membuat pemeriksaan samada ahli Pas menyokong gabungan baru atau sebaliknya. 
Mohd Rashid berkata, surat penamatan perkhidmatan diserahkan pada 15 Oktober lalu kepada penyokong tegar yang enggan menyokong Pakatan Harapan. 
Beliau menjelaskan bahawa tindakan itu adalah bagi memastikan mereka yang berkhidmat dalam kerajaan negeri mempunyai maltlamat dan aspirasi sama. 
Beliau menegaskan bahawa penamatan perkhidmatan itu adalah proses biasa. 
“Mereka yang masih menyokong Pas sudah diberikan surat penamatan perkhidmatan dan ini adalah proses biasa,” katanya dalam sidang akhbar di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini - The Rakyat Post

Laaa.. dah kena pecat rupanya, jadi.. letak jawatan mai kot mana?


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails