Saturday, November 21, 2015

Kursus Perkahwinan YaPEIM Di Paris Jimatkan Kos - Pengarah JAWI


Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mempertahankan Tindakan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menganjurkan program pra-perkahwinan di luar negara kerana ia lebih menjimatkan kos.

Pengarah JAWI, Paimuzi Yahya berkata, sebagai badan yang bertanggungjawab dalam urusan perkahwinan, usaha YaPEIM itu dapat membantu pelajar daripada membuat perbelanjaan besar untuk pulang ke Malaysia bagi mengikuti kursus kahwin.

“Jadi dari segi ekonomi memang jimatkan bajet pelajar di luar negara untuk kursus kahwin.

“Itulah keuntungan yang akan diperolehi pelajar. Bila balik ke negara kita, mereka tak perlu lagi menghadiri kursus,” katanya semasa sidang media sempena Majlis Mahabbah Alumni JAKIM pada Jumaat.

Mengulas lanjut, dia berkata, pasangan yang ingin berkahwin wajib menghadiri kursus sebelum mendirikan rumah tangga.

“Pasangan yang bakal berkahwin mereka wajib menghadiri kursus pra perkawinan, apabila dibuat di luar negara kita kumpulkan 150 pelajar penceramahnya dua hingga tiga orang pergi, perbelanjaan memang sedikit,” katanya.

Dia berkata demikian ketika menjawab dakwaan National Oversight and Whistleblowers (NOW) YaPEIM telah menggunakan RM290,000 untuk membiayai dua program kursus kahwin di Paris, Perancis melalui dana Yayasan Pembangunan Anak Yatim dan Miskim (PEMANGKIN). - Free Malaysia Today


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails