Wednesday, November 11, 2015

Gaya Hidup Mewah Cukup Jadi Bukti Rasuah, Kata Dr Mahathir


Mahkamah Malaysia perlu menerima gaya hidup mewah seseorang individu sebagai bukti wujud elemen rasuah, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Negarawan bersara itu berkata, gaya hidup seperti memiliki banyak kereta mewah contohnya, merupakan satu petunjuk kepada rasuah, dan jika mahkamah mengambil tindakan berdasarkan itu saja, gejala rasuah akan berkurangan.

"Jika anda mahu mengesan rasuah di peringkat tertinggi, lihat pada gaya hidupnya," kata Dr Mahathir dalam ucaptama pada Simposium Peperangan Malaysia Menentang Rasuah 2015 di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, seseorang yang rasuah tidak akan mampu mengawal dirinya daripada membelanjakan wang itu, kerana "tidak seronok jika kumpulkan wang berkotak-kotak dan kemudiannya mati".

"Malangnya, jika anda pergi ke mahkamah undang-undang, bukti seperti itu tidak cukup. Mahkamah mahu lihat orang tampil ke depan dan berkata, 'dia mengambil wang daripada saya'.

"Mahkamah perlu menerima gaya hidup mewah sebagai bukti mencukupi untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa saja yang disyaki rasuah.

"Jika ini yang berlaku, akan kuranglah peluang mereka di tempat tinggi untuk menjadi rasuah,” katanya lapor The Malaysian Insider


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails