Saturday, November 7, 2015

Dalam RMK 11 Kata Malaysia Nak Kurangkan Pekerja Asing.. Tapi Kenapa Zahid Nak Bawa Masuk Lagi 1.5 Juta Bangla?


Walaupun Rancangan Malaysia ke-11 itu dirancang dan dipercayai dipersetujui oleh Pemimpin UMNO sendiri sebelum dibentangkan oleh Pemimpin UMNO juga.. namum apa yang dirancang hanya sekadar rancangan rupanya...

Dalam Rancangan Malaysia ke-11 (2016-2020) dinyatakan Malaysia berhasrat mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing sehingga 15% daripada jumlah keseluruhan pekerja..

Tetapi seorang pemimpin UMNO yang baru dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri setelah Timbalan Perdana Menteri yang dulu dipecat sebab tak mahu dengar cakap mendedahkan 1.5 juta pekerja dari Bangladesh akan tiba di sini dalam tempoh 3 tahun akan datang..

Setakat ini sudah ada 2.1 juta pekerja asing yang didokumenkan dalam negara, sementara 4 juta lagi dipercayai pendatang tanpa izin, dengan kedatangan 1.5 juta lagi, pekerja asing kolar biru akan membentuk 20% daripada populasi itu.

Tapi... persoalannya kenapa hanya dari Bangladesh?

Laporan berkaitan..

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mempersoalkan keperluan Putrajaya membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh, berkata pelaksanaan itu bertentangan dengan polisinya untuk hanya mempunyai 15% pekerja asing dalam tenaga kerja menjelang 2020.

Setiausaha agungnya N Gopal Krishnam berkata setakat ini sudah ada 2.1 juta pekerja asing yang didokumenkan dalam negara, sementara 4 juta lagi dipercayai pendatang tanpa izin.

Katanya, dengan kedatangan 1.5 juta lagi, pekerja asing kolar biru akan membentuk 20% daripada populasi itu.

“Mengapa perlu bawa masuk lebih banyak warga asing, terutama dari Bangladesh?” soalnya.

Gopal berkata demikian sebagai respons kepada ucapan penggulungan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Rakyat pada Rabu, apabila beliau berkata Malaysia lebih suka pekerja asing dari Bangladesh kerana mereka lebih setia dan boleh dipercayai.

Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata, 1.5 juta pekerja dari negara Asia Tenggara itu akan tiba di sini dalam tempoh 3 tahun akan datang.

Kementerian Dalam Negeri ialah pihak berkuasa yang mengendalikan pengambilan tenaga kerja asing.

Gopal berkata Rancangan Malaysia ke-11 (2016-2020) menyatakan Malaysia berhasrat mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing sehingga 15% daripada jumlah keseluruhan pekerja.

Katanya, golongan muda Malaysia memilih bekerja di luar negara kerana gaji lebih rendah di sini dan kekurangan manfaat menarik yang disediakan kepada mereka.

Kira-kira 350,000 rakyat Malaysia keluar masuk ke Singapura setiap hari untuk bekerja kerana gaji di sana lebih baik selepas ditukar kepada ringgit, katanya.

“Ada juga 360,000 lagi rakyat Malaysia dengan status penduduk tetap di Singapura. Pasti ada alasan yang baik mengapa Singapura bergantung pada rakyat Malaysia,” katanya.

Gopal berkata rakyat Malaysia yang bekerja dalam negara terpaksa menanggung pendapatan yang tidak berkembang kerana majikan terus bergantung pada tenaga buruh warga asing yang lebih murah.

“Kenaikan pendapatan di kalangan kelas bekerja akan secara relatifnya menjadi perlahan dan sasaran masyarakat berpendapatan tinggi menjelang 2020 hanya mimpi yang sukar dicapai,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2016 mengumumkan peningkatan gaji minimum bagi sektor pekerja swasta di Semenanjung daripada RM900 kepada RM1,000 dan RM800 ke RM920 di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Najib yang juga menteri kewangan mengumumkan minimum gaji kakitangan awam akan bermula pada RM1,200.

MTUC mengkritik kuantum peningkatan gaji minimum bagi sektor swasta berbanding kakitangan awam.

Gopal berkata kekacauan industri akan lebih kerap berlaku apabila ramai warga asing bekerja di kilang, terutama dalam sektor elektronik.

“Kita pernah jumpa serangan ganas di kalangan pekerja dari negara Asia Selatan. Sebelum ini pekerja dan kesatuan kita hanya berpiket dan itu pun majikan bertindak keras terhadap mereka,” katanya.

Gopal juga melahirkan kebimbangan mengenai sistem kesihatan negara kerana ada pekerja asing yang diketahui menjadi sumber penyakit berjangkit, seperti tuberkulosis.

“Ini juga satu bentuk ancaman kepada negara,” katanya lapor The Malaysian Insider



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails