Tuesday, November 17, 2015

Apa Salahnya YaPEIM Anjur Kursus Perkahwinan? – Jamil Khir


Jamil Khir tanya “Apa salahnya Yapeim menganjur dan membiayai kursus perkahwinan kepada pelajar-pelajar luar negara?

“Adakah kursus itu tidak berfaedah sedangkan ia memudahkan pelajar-pelajar yang mengikuti kursus itu berkahwinan di luar atau pun di dalam negara?

“Pelajar-pelajar tahu manfaat daripada kursus itu yang merangkumi pelbagai perkara berkaitan kekeluargaan dan juga penjelasan berkaitan Islam sebagai agama Persekutuan,”

Salah tu memang tak salah dan ianya memang baik untuk pelajar-pelajar kita di Perancis yang dah gatai sangat nak kahwin tu..

Tapi soalnya disini  mengapa habis hingga RM290,000 dana milik Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) untuk mengadakan Kursus Perkahwinan itu..

Bukankah lebih baik jika dana tersebut digunakan untuk yang lebih utama dan selaras dengan penubuhan  YaPEIM itu sendiri.. iaitu menjana dan menyokong kemajuan umat Islam dari aspek sosio-ekonomi secara kolektif?

Berapa ramai usahawan Islam dapat dibantu dengan dana RM290,000 itu?

Yang mana lebih berfaedah?.. mengadakan kursus kahwin untuk pelajar atau membantu golongan usahawan Islam yang tersepit dengan kekangan kewangan?

Tidak salah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapiem) membiayai program kursus kahwin di luar negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. 
Kata Jamil, kursus tersebut memberi manfaat kepada pelajar-pelajar di luar negara tanpa perlu ambil kursus yang serupa di Malaysia sekali lagi. 
Malah kata Jamil, kursus tersebut mendapat sambutan daripada pelajar dan kadang kala terpaksa menolak permohonan yang terlalu ramai. 
“Apa salahnya Yapeim menganjur dan membiayai kursus perkahwinan kepada pelajar-pelajar luar negara? 
“Adakah kursus itu tidak berfaedah sedangkan ia memudahkan pelajar-pelajar yang mengikuti kursus itu berkahwinan di luar atau pun di dalam negara? 
“Pelajar-pelajar tahu manfaat daripada kursus itu yang merangkumi pelbagai perkara berkaitan kekeluargaan dan juga penjelasan berkaitan Islam sebagai agama Persekutuan,” katanya ketika ditemui The Rakyat Post di Parlimen di sini. 
Beliau berkata demikian mengulas dakwaan Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW), Akmal Nasir yang mempersoalkan rasional kursus tersebut. 
Kursus dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bukan kali pertama dan pernah diadakan dibeberapa tempat lain seperti di Amerika Syarikat, London dan Paris. 
Jamil tidak menolak kemungkinan tindakan NOW itu berpunca daripada rasa tidak puas hati kerana beliau turut berdialog dengan peserta mengenai isu-isu semasa. 
“Saya perjelaskan isu-isu semasa negara, pengganas IS, hudud dan berkiatan Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender (LGBT). 
“Pelajar-pelajar berpeluang bertanya apa juga kemusykilan berkaitan agama dan alam perkahwinan serta kekeluargaan,” katanya. 
Tambah Jamil, pelajar-pelajar Malaysia di luar negara juga layak menerima bantuan daripada Yapeim termasuk kursus perkahwinan selain daripada bantuan perniagaan - The Rakyat Post

Dalam masa yang sama Jamil Khir dah sahkan dakwaan NOW itu... pendedahan NOW semalam bacalah di ( SINI )

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails