Friday, November 13, 2015

Amboi.. Boleh Gaduh Pemuda Amanah Dengan AMK Kalau Baca Tajuk Laporan Malaysiakini Ni...


Kalau sekadar melihat dan hanya membaca tajuk laporan Malaysiakini ini mahu bergaduh riuh rendah budak-budak AMK dan Pemuda AMANAH.

Mana tak bergaduhnya.. 'Kurang Bijak' tu ayat yang sopan bagi perkataan 'Bodoh'.. jadi tajuknya boleh juga dijadikan sebagai 'AMK tegur Pemuda AMANAH 'bodoh'.. he.. he..

Dan dalam beberapa Group WhatsApp dah ada yang berperang sebab baca tajuk laporan saja.. isinya tak baca pun..

Hakikatnya bila aku tanya Dr Afif yang juga Timbalan Ketua Pemuda AMK dia jawab " Aku tak kata macamtu pun.."

"Aku cakap.. kita kena bina kekuatan baru yang lebih besar untuk melawan UMNO, Rakyat tak peduli masalah dalaman kita"

"Rakyat nak kita bersatu melawan UMNO" katanya..

Dan bila aku semak laporan Malaysiakini..  tak ada pun Dr. Afiff sound Pemuda AMANAH macam tu..

Baca ni...

Tindakan Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) meminta Timbalan Presiden PKR Azmin Ali supaya tidak mengamalkan politik eskapisme serta mengetepikan PAS bukan tindakan yang bijak, kata Dr Afif Bahardin. 
Dr Afif yang juga Timbalan Ketua Pemuda AMK berkata, kenyataan berkenaan tidak selaras dengan "strategi dan usaha utama" bagi menggabungkan semua parti pembangkang untuk menghadapi "rejim diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak". 
Katanya, pada hakikatnya rakyat meletakkan harapan tinggi kepada gerakan pembangkang untuk membawa perubahan, selain memastikan Najib dapat dikalahkan supaya reformasi menyeluruh dalam sistem negara dapat terlaksana. 
"Mengapa perlu berada dalam situasi sekarang dengan kita terus mempersoalkan sama ada kita perlu bersama dengan PAS atau tidak? 
"Kita perlu berfikir sebagai satu pasukan," katanya kepada Malaysiakini. 
Semalam Naib Ketua Pemuda AMANAH, Shazni Munir Mohd Ithnin meminta Azmin yang juga Menteri Besar Selangor supaya "berpijak pada realiti semasa" di negeri itu dan tidak mengelak daripada membincangkan format baru gagasan politik. 
Kata Shazni Munir pendekatan Azmin ketika ini dilihat seperti suatu eskapisme dan ia hanya menyebabkan orang ramai berasa sangsi kepada ketulusan politik ADUN Bukit Antarabangsa itu. 
"Azmin juga memerlukan sokongan parti lain untuk menyelesaikan beberapa perkara yang membayangi pentadbiran beliau sehingga kini. 
"Dalam kemelut polisi yang tidak disudahkan dengan baik oleh beliau, Azmin memerlukan kawan yang boleh membantu, bukan meramaikan seteru," katanya. 
Terdahulu beberapa pimpinan tertinggi AMANAH mengadakan pertemuan dengan Azmin di pejabatnya namun pertemuan itu disifatkan hanya sekadar "kunjungan hormat". 
Menurut Dr Afif, pendekatan inklusif juga diambil oleh ramai pemimpin parti dan sudah ditegaskan oleh bekas pemimpin PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 
"Kita perlu faham majoriti rakyat tidak pedulikan perbezaan dalaman kita. Justeru adalah baik untuk semua pihak - walaupun sesiapa asalkan komited kepada reformasi - bersatu menyertai gerakan perubahan ini," katanya.


Cuma wartawan Malaysiakini yang buat kesimpulan macam tu..


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails