Friday, November 20, 2015

ADUN PKR Menangis Dalam Sidang DUN Bila Luahan Demi Rakyat Di kawasannya Tidak Didengari


Sebelum gagal mengawal perasaannya dan menangis, ADUN Penanti dari PKR, Dr. Hajjah Norlela Ariffin ini telah bertanya dengan Exco bagi Pembangunan Pelancongan Law Heng Kiang (Batu Lanchang-DAP) mengenai infrastruktur untuk projek inap desa di Penanti ketika ahli Exco itu menyampaikan ucapan penggulungannya.

“DAP dikatakan sebuah parti demokratik sosial yang prihatin... Saya bercakap selama sejam dan hanya Padang Kota mendengar masalah saya,” katanya merujuk kepada Ahli Exco bagi Kerajaan Tempatan, Pengurusan Trafik dan Kawalan Banjir, Chow Kon Yeow.

Beliau mengadu, beliau menunggu ucapan penggulungan bagi jawapan terhadap masalah beliau bangkitkan dihadapi DUN Penanti yang termasuk kekurangan infrastruktur untuk jalan, kilang haram, kekurangan jeti sesuai untuk nelayan serta infrastruktur untuk program inap desa.

“Saya tidak mendapat jawapan untuk isu-isu yang membabitkan penduduk luar bandar. Saya tidak faham mengapa kerajaan negeri enggan faham atau mendengar,” tambah beliau sebelum menangis.

Beliau juga mengingatkan Penanti terletak di dalam Permatang Pauh, kawasan yang dipertahankan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sepanjang hidupnya.

Lepas tu diapun menangis....

Ini videonya.. 



Ni pulak laporan dari The Malaysian Insider

Seorang wakil rakyat daripada PKR hari ini tidak dapat membendung kesedihan semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila segala luahan yang dibawa untuk pembangunan rakyat di kawasannya tidakdidengari kerajaan DAP Pulau Pinang.

Dr Norlela Ariffin (PKR-Penanti) berkata beliau sedih kerana luahan dan persoalannya berhubung pembangunan penduduk kawasan Penanti diabaikan.

"Saya buang masa hampir sejam menunggu jawapan, setiap hari saya tunggu jawapan, tetapi tak jawab, saya buang masa sejam...Seberang Jaya tak jawab, Batu Lanchang tak jawab.

"Kawasan saya kawasan kampung yang terpinggir, saya bawa suara orang kampung...yang mendengar suara saya Padang Kota saja," luahnya sambil menangis.

Adun Seberang Jaya Dr Afif Bahardin daripada PKR adalah exco pertanian dan industri asas tani, pembangunan desa dan kesihatan manakala Adun Batu Lancang Danny Law Heng Kiang ialah exco pembangunan pelancongan dan Adun Padang Kota Chow Kon Yeow daripada DAP ialah exco kerajaan tempatan, pengurusan lalu lintas dan tebatan banjir.

Dr Norlela berkata apa yang lebih menyedihkan ialah apakah yang perlu diberitahu kepada orang kampung setiap kali beliau pulang bertemu rakyat di kawasannya.

"Apa yang saya nak cakap dengan orang kampung bila balik, tanya pasal sungai jeti pun tak jawab," katanya.

Rintihan beliau itu turut mendapat simpati daripada wakil rakyat Barisan Nasional, Roslan Saidin (Pinang Tunggal) yang menyatakan ia adalah realiti yang kini dilalui rakyat di bawah pemerintahan kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang.

Tindakan Dr Norlela itu menyebabkan Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Datuk Abdul Malik Kassim bangun dan dengan nada tegas menyatakan tuduhan Dr Norlela tidak adil kerana Ketua Menteri Lim Guan Eng ada menyebut terdapat peruntukan disalur kepada Permatang Pauh.

Dewan Undangan Negeri Penanti adalah di bawah Parlimen Permatang Pauh.

Mendengar jawapan Malik, Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Mohd Rashid Hasnon meminta Malik yang juga Adun Batu Maung itu bertenang.

Rashid berkata masalah yang dibangkitkan Dr Norlela perlu dibincang secara mendalam.



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails