Friday, November 13, 2015

Adnan Yaakob Kata Faktor Semulajadi Punca Banjir Lumpur Di Lebuhraya KL-Karak.. Betulke?


Menteri Besar Pahang tidak menafikan adanya aktiviti pembalakan berhampiran KM52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak tetapi berkata kejadian banjir lumpur di kawasan itu lewat petang semalam berpunca daripada faktor semulajadi.

Datuk Seri Adnan Yaakob berkata aktiviti pembalakan bukanlah penyumbang utama banjir lumpur itu.

"Saya sudah minta Pengarah Jabatan Hutan siasat perkara ini dan (didapati) pembalakan bukan penyebab utama banjir lumpur. Ia berlaku disebabkan faktor semulajadi.

"Tapi saya tidak nafikan adanya aktiviti pembalakan di situ kerana ia agak jauh dari lokasi kejadian iaitu kira-kira 1.2 kilometer.

"Kegiatan pembalakan itu bukan atas sikap tamak sesiapa, ia adalah bagi memberi ruang kepada projek pembekalan kabel oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).

"Ia telah dihentikan sementara sejak empat bulan lepas setelah dibantah penduduk sekitar," jelas beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di pejabat Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) di sini, hari ini.

Turut hadir Setiusaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC Datuk Seri Jebasingam Issace John.

Adnan turut menegur segelintir pihak termasuk media yang menyebarkan berita dengan mendakwa banjir lumpur berlaku akibat kegiatan pembalakan tidak terkawal di kawasan Bukit Tinggi dan Janda Baik.

"Kita menghargai peranan media sebagai pengimbang dalam pentadbiran kerajaan negeri tetapi setiap kenyataan yang dikeluarkan perlulah bersikap adil.

"Macam isu semalam (banjir lumpur), memang telah terbukti bukan disebabkan oleh pembalakan.

"Gambar fail yang diambil dari helikopter Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menunjukkan aktiviti pembalakan TNB terletak jauh dari kawasan kejadian dan ia berlaku sebab faktor semulajadi,"katanya lapor AstroAwani

Oh.. faktor semulajadi ya.. baca apa yang dilaporkan oleh media cetak sebelum tanah runtuh ini berlaku..

Faktor semula jadi kononnnn....



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails