Wednesday, October 14, 2015

SPRM tidak pernah kata 1MDB tidak disiasat..


Mula-mula kita baca dulu petikan dari sebahagian kenyataan dari 1MDB yang telah disiarkan oleh Astro Awani awal hari ini yang mendakwa kononnya 1MDB tidak disiasat.

“Secara rumusan, selepas mengkaji semula semua dokumen berkaitan kertas siasatan Bank Negara Malaysia (BNM), termasuk termasuk borang permohonan yang dikemukakan oleh 1MDB dan surat BNM yang berkaitan, dengan menggunakan undang-undang yang mengawal perkara berkenaan, telah mengesahkan bahawa "tiada kesalahan telah dilakukan" oleh 1MDB.

“Pengesahan ini mengukuhkan kenyataan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 22 September 2015 yang 1MDB tidak disiasat.

“1MDB terus bekerja rapat dengan Jabatan Audit Negara untuk memberikan maklumat yang diperlukan untuk laporan akhir, yang akan dibentangkan pada akhir tahun kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang turut dianggotai Tony.”

"Tiada kesalahan telah dilakukan" oleh 1MDB dan 1MDB tidak disiasat katanya..

Berikut adalah laporan penafian dari pihak SPRM mengenai kenyataan dari 1MDB yang mendakwa pihak mereka tidak disiasat..

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan, pihaknya tidak pernah menyatakan bahawa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak disiasat, seperti kenyataan media yang dikeluarkan syarikat pelaburan negara itu pada Rabu. 
Dalam maklum balas segera, Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob berkata, dalam kenyataan media bertarikh 22 September 2015, pihaknya hanya menyebut bahawa 'SPRM tidak menjalankan siasatan ke atas 1MDB'. 
"Dalam kenyataan itu, SPRM menyebut bahawa isu 1MDB disiasat sepenuhnya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan oleh yang demikian, sebarang pertanyaan berkenaan isu ini mestilah dirujuk kepada PDRM. 
"Perkara ini juga jelas susulan kenyataan yang dibuat oleh Ketua Polis Negara, semalam," jelas Rohaizad yang turut menekankan bahawa perkara itu telah diperjelaskan sebelum ini menerusi kenyataan media bertarikh 5 Ogos 2015. 
Dalam pada itu SPRM turut berharap supaya mana-mana pihak tidak membuat kenyataan kononnya SPRM telah membersihkan pihak terbabit dalam isu 1MDB ~ Astro Awani



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails