Thursday, October 15, 2015

Saifuddin Abdullah sertai PKR?.. Betoi ka?


Ini bukan kali pertama nama bekas Ahli Parlimen Temerloh yang juga bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ini diwar-warkan akan menyertai PKR tapi dah kali kedua..

Kali pertama hari tu nama Saifuddin Abdullah disebut-sebut akan menyertai PKR berikutan dengan beredarnya jemputan ke sebuah sidang media untuk mengumumkan penyertaan seorang bekas pimpinan kanan parti komponen BN ke dalam PKR.

Bila sidang media diadakan ternyata khabar angin itu kekal sebagai khabar angin sebab yang menyertai PKR pada awal bulan lalu bukanlah Saifuddin tapi benas pemimpin BN dari Sabah..

Hari ini tersebar lagi dakwaan bekas Ahli Parlimen Temerloh itu akan menyertai PKR tersebar meluas di laman sosial dan applikasi WhatsApps.

Bagaimanapun terdapat percanggahan maklumat dalam mesej yang disebarkan itu sekaligus membuktikan dakwaan berita itu meragukan.

Mengikut jemputan yang dihantar kepada media, PKR mengadakan sidang akhbar bagi mengumumkan penyertai bekas pemimpin UMNO ke dalam parti itu di Ibu Pejabat PKR di Tropicana.

Manakala maklumat yang disebarkan menerusi WhatsApps pula mendakwa pengumuman penyertaan Saifuddin ke dalam PKR akan diadakan di Bangunan Manulife Damansara Height.

Ini laporan oleh Malaysiakini..

PKR esok dijadual mengumumkan kemasukan pemimpin Umno ke dalam parti itu.

Ia dijadual diumumkan oleh presidennya Datuk Seri Wan Azizah Ismail dalam sidang media ibu pejabatnya di Petaling Jaya pada tengah hari esok.

Individu itu tidak dinamakan tetapi ramai membuat spekulasi bahawa ia adalah bekas timbalan menteri Datuk Saifuddin Abdullah.

Beberapa pemimpin PKR telah memuat naik poster berkaitan di Internet.

Malaysiakini sudah menghubungi Saifuddin bagi pengesahannya dan masih menunggu jawapannya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli ketika dihubungi enggan mengesahkannya tetapi tidak menolak secara pasti.

“Pengumuman esok. Saya tak kata ya atau tidak,” katanya ketika ditanya sama ada orang itu Saifuddin.

Terus diasak beliau berkata tidak dapat membuat sebarang kenyataan tetapi memberi bayangan individu itu tewas dalam pilihan raya umum lalu.

“Beliau kalah dalam pilihan raya umum lalu,” katanya sambil ketawa.

Saifuddun sebelum ini kecundang di tangan calon PAS Nasruddin Hasan di Temerloh.

Saifuddin sorang ke dari UMNO/BN yang kalah dalam PRU13 hari tu?.. ada orang lain kot..

Apapun sama-samalah kita tunggu sidang media oleh Presiden PKR tengahari esok...


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails