Monday, October 26, 2015

Peruntukan besar untuk JPM bagi jamin kesetiaan dakwa Khalid Samad


Seorang ahli parlimen pembangkang hari ini mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memperuntukkan RM20.3 bilion untuk Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam kapasitinya sebagai Menteri Kewangan adalah bagi memastikan kesetiaan dan sokongan.

Bercakap ketika membahaskan Bajet 2016 di Dewan Rakyat, Khalid Abdul Samad (AMANAH-Shah Alam) berkata jumlah besar itu hanya membuktikan sokongan kepada Najib telah merosot.

"Adakah kerana sokongan kepada erdana menteri telah merosot dan memerlukan peruntukan tamabhan?

"Jadi, adalah bajet besar (diberi tahun depan juga) untuk memastikan kesetiaan dan sokongan yang berterusan?" soalnya.

Beberapa ahli parlimen sebelum ini menyuarakan kebimbangan berhubung peruntukan kepada Jabatan Perdana Menteri itu yang meningkat hampir tiga kali ganda daripada RM6.9 bilion pada 2008 kepada RM20.3 bilion tahun depan.

Turut menimbul persoalan yang sama adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh) ketika perbahasan bajet itu.

Bagi Nga Kor Ming (DAP-Taiping), beliau menyindir Najib kerana mencipta rekod dunia dengan mempunyai nisbah bilangan menteri yang paling ramai berbanding dengan jumlah penduduk.

"Jabatan Perdana Menteri juga mencipta rekod dunia kerana mempunyai paling ramai menteri (dalam satu kementerian)," katanya lapor Malaysiakini


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails