Tuesday, October 20, 2015

Patutlah Najib senyum bila ditanya tentang undi tak percaya..


Penantian pemberita selama hampir 45 minit di pintu keluar utama Dewan Rakyat semalam hanya sia-sia nampaknya apabila persoalan yang diajukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya dibalas dengan senyuman.

Ketika berasak-asak kedengaran suara wartawan bertanyakan kepada Najib sama ada beliau bimbang dengan undi tidak percaya ke atasnya yang menjadi perdebatan hebat mutakhir ini.

"Datuk Seri risau tak dengan undi tidak percaya terhadap Datuk Seri?," soal wakil media dalam suasana yang kelam-kabut, namun Najib terus berlalu pergi dan menjawab persoalan itu dengan senyuman.

Dia senyum saja dan dari gambar yang dirakamkan pun tidak kelihatan Najib kelihatan gusar atau gundah gulana..

Sebab apa dia senyum saja?.. baca ni..

Usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang ingin dibawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkemungkinan tidak akan dibahaskan pada sesi ini, kata Tan Sri Pandikar Amin Mulia.  
Speaker Dewan Rakyat itu berkata, melalui peraturan mesyuarat, mana-mana usul yang ingin dibawa ke dalam perbahasan di Dewan Rakyat perlu dikemukakan 14 hari sebelum Parlimen bersidang.

"Saya ingatkan Permatang Pauh, kalau nak buat usul undi tak percaya, kalau menepati peraturan mesyuarat 26 dan 27, kalaupun diterima ia akan diberi masuk sesi mesyuarat akan datang, bukan sesi ini," kata Pandikar, ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat, Parlimen hari ini merujuk kepada kerusi Parlimen yang diwakili Dr Wan Azizah ~ The Malaysian Insider

Patutlah Najib senyum saja.. dia dah tahu apa yang akan jadi dengan usul tu.. jadi apa yang dia nak risau..


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails