Saturday, October 10, 2015

Malaysia bukan negara 'pariah', Salleh Keruak kata..


Mungkin pandai mengampu atau membodek bukannya berwawasan serta cerdik, telah dijadikan kriteria utama oleh Najib untuk memilih individu bagi dijadikan Menteri atau Timbalan Menteri dalam kabinetnya.

Selain Ahmad Maslan yang amat hebat dalam mengampu dan membodek Najib, Salleh Keruak juga kebelakangan ini memperlihatkan kehebatannya..

Semalam Tun Mahathir menulis dalam Blognya “Di mata dunia, Malaysia sudah menjadi negara paria, negara yang sesiapa sahaja boleh diheret dan disoal siasat oleh polis, ditahan dan didakwa melalui undang-undang yang disalah guna dalam negara ini,”

Mahathir membangkitkan penahanan bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan terbaru peguamnya Matthias Chang bawah Sosma.

Mereka dikaitkan dengan dakwaan cuba mensabotaj negara ini selepas Khairuddin membuat laporan berkaitan isu 1MDB di luar negara, termasuk biro siasatan persekutuan (FBI) Amerika Syarikat.

Jawab Salleh Keruak hari ini..  "Tuduhan itu tidak berasas sama sekali. Apa pun yang kita lakukan adalah mengikut peraturan sedia ada.

"Apabila seseorang itu ditahan mengikut undang-undang Sosma sudah tentulah ada asasnya dan kita tidak sesuka hati mengambil tindakan apabila kita asas-asas kukuh,"

Yang Mahathir persoalkan ialah kenapa Khairuddin dan Mathias ditahan di bawah SOSMA kerana membuat laporan terhadap 1MDB yang diilhamkan oleh Najib itu..

Tapi Salleh jawab mereka berdua itu ditahan atas asas-asas yang kukuh.. tapi apa asasnya?

Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau ringkasnya SOSMA, diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 17 April, 2012, diberikan perkenan Diraja pada 18 Jun 2012, dan diwartakan pada 22 Jun 2012.

SOSMA ialah sebuah akta "bagi menyediakan langkah-langkah khas berkaitan kesalahan keselamatan bertujuan mengekalkan ketenteraman awam dan keselamatan dan bagi hal-hal berkait".

Soalnya disini.. apa kaitannya sebuah syarikat yang namanya 1MDB dengan keselamatan negara?

Laporan berkaitan..

Dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Malaysia dilihat dunia sebagai sebuah negara "pariah" kerana sesiapa sahaja boleh ditangkap, disoal siasat dan ditahan adalah tidak berasas.

Ini kerana, menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak, segala tindakan diambil kerajaan bukan dibuat sesuka hati.

"Tuduhan itu tidak berasas sama sekali. Apa pun yang kita lakukan adalah mengikut peraturan sedia ada.

"Apabila seseorang itu ditahan mengikut undang-undang Sosma sudah tentulah ada asasnya dan kita tidak sesuka hati mengambil tindakan apabila kita asas-asas kukuh," kata bekas Ketua Menteri Sabah itu kepada pemberita di Putrajaya sebentar tadi.

Dr Mahathir yang juga bekas perdana menteri keempat semalam meneruskan serangan terhadap Datuk Seri Najib Razak apabila menulis dalam blog dengan mendakwa Malaysia kini dilihat oleh dunia sebagai sebuah negara "pariah" apabila sesiapa sahaja boleh ditangkap, disoal siasat dan ditahan serta didakwa dengan menyalahgunakan undang- undang negara.

Kenyataan tersebut ditulis Dr Mahathir susulan penahanan bekas pemimpin Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) kerana membuat laporan antarabangsa mengenai syarikat sarat hutang 1MDB.

Dalam tulisan terbarunya bertajuk 1MDB Cleared, Dr Mahathir membidas penahanan itu sambil berkata ia bertujuan mewujudkan ketakutan kepada rakyat apabila tindakan melaporkan salah laku kerajaan dan pegawainya dianggap mengancam keselamatan negara.

Mengulas lanjut, Salleh berkata semasa pentadbiran Mahathir, bekas perdana menteri itu juga menegaskan adalah menjadi tanggungjawab kerajaan menjaga keselamatan negara.

Justeru, tegas Ahli Parlimen Kota Belud itu sebarang penahanan bukan bermotifkan politik semata-mata seperti mana yang didakwa oleh Dr Mahathir.

"Kita harus membuat penyiasatan kepada mana-mana pihak yang bertujuan mengganggu-gugat kestabilan politik negara, itu yang paling penting, kerana penekanan kita adalah keamanan Malaysia" tegas Salleh.



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails