Wednesday, October 21, 2015

Mahathir hipokrit, tidak berprinsip.. Nazri Aziz kata


Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang yang hipokrit dan tidak berprinsip kerana mengatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak menghormati prinsip pemisahan kuasa sehingga menyebabkan siasatan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhalang.

Menteri pelancongan dan kebudayaan itu pada mulanya enggan mengulas mengenai posting blog Dr Mahathir, tetapi menunjukkan semua soalan kepada seorang pemberita yang bertanyakan apakah bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu sebagai "flip flop".

Sebelum pemberita menjawab soalannya itu, Nazri bertanya beberapa kali kepada pemberita itu dan meyakinkannya tidak perlu risau dengan jawapan kerana Malaysia merupakan negara yang bebas.

"Saya setuju sepenuhnya dengan anda. Jangan risau anda mempunyai menteri menyokong anda.

"Beliau seorang yang tidak berprinsip. Jika anda perasan, beliau seorang yang sangat tidak berprinsip selepas meninggalkan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku "Lelaki di Sebalik Pulau" di Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur, hari ini.

Semalam Dr Mahathir dalam blognya www.chedet.cc berkata Najib tidak menghormati prinsip pemisahan kuasa di antara badan legislatif, eksekutif dan kehakiman.

"Pada masa ini, perdana menteri sebagai ketua penggubal undang-undang yang dipilih secara jelas tidak menghormati prinsip ini," kata bekas perdana menteri itu.

Dr Mahathir merujuk kepada campur tangan Najib dalam siasatan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membawa kepada pembubaran pasukan petugas khas yang bertanggungjawab ke atas siasatan syarikat tersebut.

Nazri menambah tujuan beliau bertanyakan soalan itu semula kepada pemberita kerana berpendapat soalan itu sepatutnya ditujukan kepada rakyat biasa.

Katanya, sekiranya beliau terus menerus menjawab soalan itu, orang ramai akan berpendapat pandangannya sebagai berat sebelah.

"Saya ingin menunjukkan ia (jawapan) bukan daripada saya tetapi rakyat.

"Kerana saya kerajaan, tetapi apabila ia datangnya daripada anda, anda menjawabnya dan saya bersetuju dengan anda, daripada rakyat. Ia lebih efektif," katanya lapor The Malaysian Insider


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails