Thursday, October 1, 2015

Akhirnya Zahid Hamidi menjawab juga..


“Saya kesal bila kunjungan rasmi saya ke Indonesia dikaitkan dengan majlis perkahwinan anak seolah-olah saya mengambil kesempatan untuk menghabiskan duit kerajaan.”

Itu tegas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung berita yang mengatakan perkahwinan anaknya di Indonesia sengaja dirancang pada tarikh kunjungan rasminya ke Indonesia.

Apabila berkunjung atas tugasan rasmi, Zahid dan rombongannya dikatakan tidak perlu keluar duit untuk ke majlis tersebut kerana semuanya ditanggung kerajaan.

“Orang yang tak tahu cerita sebenar, bila buat cerita tokok tambah, maka beginilah jadinya hingga nama saya jadi tidak elok. Yang sebenarnya, anak lelaki saya telah pun berkahwin dengan seorang gadis Indonesia pada awal bulan September dan majlis meraikan mereka telah pun diadakan.

“Kebetulan saya ada kunjungan rasmi ke Indonesia pada dari 18 hingga 21 September lepas dalam misi menjalin hubungan dua hala dengan negara-negara ASEAN. Apabila besan saya dapat tahu saya akan ke Indonesia pada tarikh tersebut, dia pun buatlah majlis di tempatnya sementara saya berada di sana,” katanya di sini hari ini.

Jelas Ahmad Zahid, tidak ada siapa yang taja, tiada ada yang tanggung majlis perkahwinan tersebut tetapi yang jadi cerita adalah sebaliknya.

“Itu bukan majlis saya tetapi besan saya mengmbil kesempatan untuk mengadakannya ketika saya kebetulan berkunjung ke Indonesia. Saya tahu siapa yang buat cerita dan saya ingin tekankan di sini, jangan bermain dengan kata-kata yang tidak benar.

“Kalau tak tahu apa-apa, jangan buat cerita. Sebaiknya jumpa saya untuk mendapat cerita sebenar daripada membuat cerita yang mengarut,” tegas Zahid.

Tambahnya, kalau majlis tersebut memang dirancang, dia pasti mengambil cuti dan akan membawa seluruh kaum keluarganya untuk meraikan anak dan menantunya di Indonesia.--MalaysiaGazette


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails