Friday, October 23, 2015

KDN beli helikopter RM535.7 juta ketika Putrajaya nak berjimat?


Walaupun sebelum ini Putrajaya pernah bercadang mengurangkan perbelanjaan negara kerana kejatuhan harga minyak dunia, Kementerian Dalam Negeri (KDN) membeli 2 unit helikopter Agusta Westland AW139 melalui memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani Setiausaha Agung Datuk Seri Alwi Ibrahim di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) .

Ia turut disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pada majlis menandatangani dokumen kontrak dan perjanjian persefahaman (MoU) serta penyerahan surat penerimaan (LoA) di majlis "General Police and Special Equipment Exhibition and Conference" (GPEC) Asia itu, KDN menandatangani dokumen tersebut yang berjumlah RM535.7 juta.

Jumlah tersebut merangkumi 8 dokumen kontrak, 1 MoU dan 2 LoA.

Sejajar dengan kemodenan pada Polis Diraja Malaysia (PDRM), 8 unit IAG JAWS Arrmour Personnel Carrier (APC) juga bakal tiba di negara pada hujung tahun ini.

MoU tersebut melibatkan antara syarikat German, EMT Penzburg dan Drei Sohne Technologies Sdn Bhd dengan bekerjasama untuk menghasilkan kenderaan tanpa pemandu (UAV) (Unmanned Aerial Vehicle).

EMT diwakili Pengarah Jualan Antarabangsa Horst H Bauch manakala Drei Sohne diwakili Pengarah Urusan Azmi Mustapha.

Awal tahun ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat penangguhan pebelanjaan dari segi beberapa aspek seperti menangguhkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) selama setahun bagi menjimatkan RM400 juta, memandangkan kerajaan cuba untuk mengurangkan perbelanjaan dan merangsang pelaburan serta penggunaan.

Najib berkata, secara keseluruhannya, perbelanjaan mengurus kerajaan dijangka berkurangan sebanyak RM5.5 bilion melalui penilaian semula keutamaan perbelanjaan.

Belanjawan 2015 apabila dibentangkan Oktober tahun lepas, mempunyai unjuran perbelanjaan RM273.9 bilion dalam perbelanjaan dan RM235.2 bilion pendapatan.

Ia disandarkan kepada harga minyak kira-kira AS$100 setong.

Kemerosotan harga minyak itu menjejaskan nilai ringgit dengan ketara memandangkan Malaysia adalah pengeksport minyak yang dilihat ahli ekonomi sebagai keperluan bagi Putrajaya untuk menyemak semula bajet - The Malaysian Insider


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails