Tuesday, October 13, 2015

Jangan naik harga barang hanya kerana tol naik – Menteri


Peniaga diingatkan agar tidak menjadikan alasan kenaikan kadar tol di 12 lebuh raya bermula Khamis ini untuk menaikkan harga barangan sesuka hati.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainuddin berkata, kenaikan kadar tol yang diumumkan kerajaan hanya melibatkan lebuh raya tertentu khususnya di sekitar Lembah Klang.

“Kenaikan ini bukan semua tol, tapi hanya lebuh raya dalam bandar sahaja. Berapa banyak lori yang pakai lebuh raya ini.

“Jadi kenapa dia (peniaga) nak naikkan harga barang. Berapa peratus sahaja lebuh raya yang naik, dia kena buat kiraan,” katanya yang dipetik daripada sebuah laman portal pro kerajaan.

Beliau menghadiri majlis Pra-Pelancaran Hari Pengguna Kebangsaan 2015 dan Kempen Cintai Buatan Malaysia pada Selasa.

Hamzah menegaskan, kenaikan kadar tol sebenarnya bertujuan membolehkan kerajaan menyediakan lebih banyak bantuan serta kemudahan kepada rakyat pada masa akan datang.

Beberapa syarikat konsesi lebuh raya utama di Lembah Klang mengumumkan kenaikan kadar tol berkuat kuasa Khamis ini.

Antara lebuh raya itu berkenaan ialah Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Kajang-SILK, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (SMART).

Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP),

Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT) dan Lebuhraya Cheras-Kajang (GRAND SAGA) lapor Free Malaysia Today


.... Menteri naikkan harga tol boleh.. peniaga nak naikkan harga barang tak boleh?


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails