Tuesday, September 15, 2015

Warga Felda dikerah untuk ramaikan himpunan 'Baju Merah'?


Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) meminta Felda memberi penjelasan mengenai perhimpunan warga Felda sempena Hari Malaysia pada 16 September ini.

Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata, jika ianya ada kaitan dengan himpunan baju merah, Anak menggesa agar ianya dibatalkan.

"Felda tidak harus terlibat dengan aktiviti yang mengundang risiko keselamatan dan mengeksploitasi warga Felda untuk agenda politik pihak tertentu.

"Jika ia menggunakan bajet Felda, ia adalah salah guna kuasa yang pihak polis atau SPRM mesti menyiasatnya,"katanya.

Anak kata Mazlan juga mahu penjelasan mengenai maksud `perhimpunan yang melambangkan kebersamaan dan kebersatuan warga Felda turut disertai pertubuhan dan badan badan bukan kerajaan'?

Menerusi anggaran 20,000 peserta dan menggunakan 500 buah bas, adakah kosnya di tanggung Felda, tanya beliau lagi.

"Di saat warga Felda sedang tertekan dengan berbagai isu seperti FGV, KPF, hutang tanam semula, perumahan generasi kedua, kadar perahan gred dan kos sara hidup; aktiviti yang membazirkan wang rakyat mestilah dihentikan.

"Bahkan, kejatuhan harga komoditi sawit dan getah, telah menambah derita peneroka dan pekebun kecil di seluruh negara.

"Fokus menangani kehidupan rakyat adalah keutamaannya, bukan mengheret rakyat kepada kegiatan yang memudaratkan negara,"kata Mazlan lapor Berita Daily


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails