Monday, September 14, 2015

Tragedi Mekah: Korban kelima dari Malaysia dikenalpasti


Tabung Haji mengesahkan seorang lagi jenazah jemaah haji Malaysia telah dikenalpasti menjadi korban dalam tragedi kren runtuh di Masjid al-Haram Jumaat lalu.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pagi ini, mangsa yang terkorban adalah Zainun Taha, 69, dari Maktab 90 Al Wafideen dan dari Ampang, Selangor.

Jenazah terbaharu yang dikenalpasti oleh waris beliau di Mekah.

Dengan perkembangan terbaharu ini, angka korban jemaah Malaysia meningkat kepada lima manakala seorang lagi yang dilaporkan hilang sebelum ini telah ditemui dalam keadaan sihat dan selamat.

Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom turut mengesahkan selain Allahyarham Rusiah Suar, 56, dari Felda Besout 2, Perak tiga lagi jemaah haji dari Malaysia disahkan terkorban dalam tragedi kren tumbang di Masjidilharam pada Jumaat.

Mereka ialah Siti Nuroshlizan Zulkifli, 37, dari Tanah Merah, Kelantan; Rohana Ismail, 54, dari Kuala Krai, Kelantan; dan Munah Jusoh, 73, dari Cherang Ruku, Kelantan.

Turut hilang tiga lagi jemaah Malaysia, dan usaha mencari sedang diteruskan.

Insiden itu mengorbankan sekurang-kurangnya 107 yang lain dan turut mencederakan ratusan yang lain lapor AstroAwani


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails