Thursday, September 3, 2015

Dua Bulan Berlalu, Apa Dah Jadi Dengan Saman Najib Terhadap WSJ?


Status saman Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak terhadap akhbar Wall Street Journal menjadi tanda tanya selepas dua bulan.

Tanpa sebarang perkembangan lanjut mengenainya, tumpuan cuba dialih kepada individu yang menderma dana berjumlah RM2.6 bilion.

Dalam entrinya, penulis blog apanama berpandangan isu itu telah ‘digelapkan’.

“Apa yang kita dengar sekarang pula ialah tentang derma dan dermawan tidak beridentiti dari Timur Tengah.

“Dua bulan telah berlalu. Ahli serta pemimpin-pemimpin UMNO sudah celik atau masih buta kayu?,” soalnya.

Menerusi blog apanama.my beliau berkata pemimpin dan bangsawan UMNO pro Najib cuba mengalih isu tersebut dengan membuat serangan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan mendakwa bekas Perdana Menteri itu telah terpesong dari perjuangan sebenar UMNO apabila menyertai Bersih 4.0.

“Jika tindakan Dr Mahathir itu amat serius diluar batasan dan harus dikritik, apakah perbuatan bangsat seperti mencuri, berbohong, dan khianat itu perjuangan Umno yang sebenar dan harus disokong?

DUA BULAN sudah berlalu sejak akhbar The Wall Street Journal mendedahkan skandal dana bernilai lebih kurang RM2.6 billion didalam akaun peribadi Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak.

Ketika skandal yang amat memalukan kita dimata dunia ini terbongkar ramai yang melompat seperti kera yang terkena belacan, berteriak kepada umum bahawa laporan dana DUA RIBU ENAM RATUS JUTA RINGGIT dalam akaun peribadi Najib adalah fitnah.

Najib sendiri, mungkin kerana terkejut dan tidak tahu apa yang harus dilakukan untuk menyelamatkan diri pada ketika itu, berbohong kepada rakyat dalam satu tampalan di Facebook dimana beliau menuduh Tun Dr Mahathir Mohamad bertanggungjawab keatas 'fitnah terhadap beliau dan keluarga'

Ekoran penafian itu Najib telah berikrar akan mengambil tindakan undang-undang didalam dan diluar negara terhadap fitnah berniat jahat yang didalangi pihak yang bertujuan memaksa beliau melepaskan jawatan Perdana Menteri dan Presiden Umno.

DUA BULAN sudah berlalu. Akhbar The Wall Street Journal telah berulang-kali mempertahankan pendirian mereka bahawa laporan 'Dana RM2.6 Billion dalam akaun peribadi Najib' adalah benar dan sahih. WSJ juga telah mencabar Najib agar menyaman mereka.

DUA BULAN sudah berlalu dan kini cerita Najib menyaman WSJ pun sudah tidak kedengaran lagi. Apa yang kita dengar sekarang pula ialah tentang derma dan dermawan tidak beridentiti dari Timur Tengah.

DUA BULAN telah berlalu. Ahli serta pemimpin-pemimpin Umno sudah celik atau masih buta kayu?
Ada pemimpin bangsawan UMNO yang mengherdik Tun Dr Mahathir Mohamad kerana kononnya bekas presiden Umno itu telah terpesong dari perjuangan parti dan bertindak diluar batasan apabila hadir di tunjuk perasaan rakyat di Dataran Merdeka tempohari.
Silalah sambung bacaan anda di ( SINI )



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails