Thursday, September 17, 2015

Pemimpin UMNO peralat orang Melayu untuk jadi jahat - Bekas Wanita UMNO


UMNO diperalatkan untuk mencetuskan semangat perkauman walaupun niat asal penubuhan parti itu adalah untuk menjaga orang Melayu dan menjamin kehidupan harmoni antara kaum.

Kenyataan itu dibuat bekas ahli Wanita UMNO, Anina Saadudin dengan menyifatkan sesetengah pemimpin UMNO yang gilakan kuasa sebagai parasit-parasit yang cuba menjahanamkan parti.

“Jangan salahkan UMNO. Apa yang berlaku hari ini bukan salah UMNO tetapi salah pemimpin yang rakus dan jahat.

“Saya tidak akan berhenti dari berusaha untuk menegakkan kebenaran. Walaupun saya kononnya dilucutkan keahlian, kasih sayang saya pada UMNO yang luhur tidak akan padam,” katanya dalam satu kenyataan yang dikongsi dalam laman Facebooknya pada Khamis.

Jelasnya, orang Melayu kini telah diperalatkan untuk menjadi jahat semata-mata ingin mempertahankan pemimpin yang jahat serta gilakan kuasa.

Dia juga mengingatkan bahawa musuh sebenar dalam UMNO adalah pemimpin UMNO yang kini sedang berkuasa dan bukan pihak luar lapor Free Malaysia Today


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails