Monday, September 28, 2015

Panggil Duta China: Reezal Merican memandai-mandai rupanya..


Memalukan Malaysia saja si Reezal Merican ni, buat kerja langsung tak ikut protokol..

Apa dia ingat Duta Besar China kat Malaysia tu macam macai-macai dia kot?.. boleh panggil ikut suka dia saja..

Orang tua-tua kata.. apa yang Reezal Merica buat ni macam 'Red Indian dapat senapang'..

Sebab terlalu seronok dapat senapang tu.. habis semuanya dia nak tembak..

Timbalan Menteri Luar Negara Datuk Seri Reezal Naina Merican didakwa tidak mengikut protokol ketika memanggil duta China Huang Huikang. 
Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata untuk memanggil Huang, ia mesti dibuat oleh menteri luar negara selepas berunding dengan perdana menteri. 
“Sekarang kedua-dua pihak, perdana menteri dan menteri luar negara berada di luar negara, jadi pemangku menteri luar ialah (Datuk) Hamzah (Zainuddin),” katanya kepada Malaysiakini. 
Nazri berkata perbualannya dengan Hamzah semalam mendapati pemangku menteri luar itu tidak menerima arahan daripada menteri atau perdana menteri untuk memanggil Huang. 
“Timbalan menteri tidak boleh panggil duta kerana pemangku menteri ialah Hamzah,” katanya. 
“Itulah sebabnya bila saya sahkan dengannya (Hamzah) beliau tidak terima arahan daripada kedua-dua pihak, menteri luar dan perdana menteri (untuk memanggil Huang) yang saya simpulkan tiada keperluan kepada duta itu untuk ke Wisma Putra.” 
Nazri bagaimanapun tidak pasti sama ada Reeezal membuat silap susulan baru dilantik ke jawatan itu. 
Tugasannya berkuat kuasa pada 28 Julai selepas rombakan kabinet terbaru. Sin Chew hari ini melaporkan Hamzah sebagai membatalkan panggilan itu. 
Hamzah merupakan timbalan menteri luar sehingga rombakan kabinet Julai lalu, yang mana beliau dilantik sebagai menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan. 
Kenyataan Huang semasa melawat Jalan Petaling, Kuala Lumpur baru-baru ini dilihat sebagai campur tangan asing, tetapi Huang menjelaskan ia hanya lawatan muhibah. 
Sin Chew melaporkan Huang tidak menerima panggilan rasmi daripada Wisma Putra dan Huang tidak akan ke Wisma Putra di Putrajaya hari ini. 
Huang dijadualkan untuk menghadiri satu forum di Kuala Lumpur pagi ini. 
Malaysiakini telah menghubungi Reezal dan Hamzah untuk mendapatkan respons mereka.


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails