Saturday, September 19, 2015

Nak pertahan himpunan 'Baju Merah'.. Annuar Musa hina Islam..


Tiga hari yang lalu, dalam mempertahankan perhimpunan berbaur perkauman yang diadakan oleh macai-macai berbaju merah, seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata perkauman itu dituntut dalam Islam bagi mempertahankan hak sesuatu kaum tanpa menzalimi pihak lain.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ketereh menegaskan bahawa orang Melayu sebenarnya melakukan toleransi dengan kaum lain di negara ini.

"Perkauman dituntut dalam Islam selagi tidak melakukan kezaliman pada orang lain. Kita (orang Melayu) kongsi negara ini, kerakyatan dan segala hak.

"Prinsip pelbagai kaum, toleransi, hidup bersama, terima kebebasan agama dan kaum, itu orang Melayu akan terus junjung," kata Annuar Musa kepada pemberita selepas selesai perhimpunan 'baju merah' di Padang Merbok..

Mana punya hadis atau ayat Al-Quran yang dia guna untuk mempertahankan perhimpunan berbaur perkauman itu aku tak tahu..

Dan kenyataannya itu boleh dianggap sebagai menghina Islam menurut MAPIM..

Baca ni..

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengesa Tan Sri Annuar Musa menarik balik kenyataannya yang memberi implikasi dan gambaran yang salah mengenai Islam.

Pengerusinya, Mohd Azmin Abdul Hamid berkata, kenyataan Ahli Parlimen Ketereh itu seolah-olah menggambarkan wujud rasisme dalam Islam.

“Dari mana Annuar mendapat fahaman ini. Dengan menyatakan pendirian tersebut seolah-olah beliau mendakwa dalam Islam ada fahaman rasisme. Apakah asas beliau untuk mengatakan wujud rasisme dalam Islam?

“Lebih berat lagi ialah beliau telah menghina kesucian Islam sebagai agama yang mengajar sikap saling menghormati antara kaum,” katanya, lapor Harakah.

Annuar, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) ketika mempertahankan Himpunan Baju Merah pada 16 September lalu dilaporkan berkata, sikap perkauman dituntut dalam Islam untuk mempertahankan hak asalkan tidak menzalimi kaum lain.

Mohd Azmi menjelaskan, perasaan marah kepada satu pihak yang kebetulan adalah satu kaum, tidak boleh dijadikan alasan untuk Annuar mengisytiharkan adanya rasisme dalam Islam.

“Kami amat kesal keghairahan beliau untuk mempertahankan perhimpunan yang berbau rasis tersebut dengan alasan kononnya ada rasisme Islam,” tegasnya.

Mohd Azmi berkata, untuk mengelakkan kekeliruan, MAPIM menyeru agar pihak berkuasa agama dan golongan alim ulama mengeluarkan kenyataan supaya sikap ini perlu dibetulkan dan pernyataan Annuar itu ditolak lapor Free Malaysia Today

Fahaman Annuar ialah fahaman Assobiyah dan itu adalah fahaman jahilliyah dan bukan ajaran Islam yang disampaikan oleh Rasulullah S.A.W..

Bukan aku memandai-mandai tapi itu apa yang Dr. Maza sampaikan di ( SINI ) .. bacalah!

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails