Tuesday, September 29, 2015

Najib main golf dengan Obama demi rakyat?


Bangga pulak dia boleh main golf dengan Obama ketika rakyat di negeri-negeri Pantai Timur sedang menderita dilanda banjir..

Dah tu boleh pulak dia kata "Saya lakukannya kerana saya fikir ia adalah langkah positif untuk kita membina hubungan peribadi dengan presiden Amerika Syarikat. Saya lakukannya demi Malaysia, saya lakukannya demi rakyat.

Main golf dengan Obama demi rakyat??.. apa hasil dari main golf dengan Obama tu yang rakyat dapat?

Ada ke rakyat yang minta dia pergi main golf dengan Obama tu ketika musibah sedang melanda?

Bagi aku.. Najib tak seharusnya berbangga kerana menjadi Perdana Menteri dalam dunia yang bermain golf dengan Obama..

Sepatutnya dia dengan bangganya berkata kepada pelajar-pelajar Malaysia dia New York tu.."Saya kini, untuk rekod, sebagai Perdana Menteri tunggal yang menerima derma RM2.6 Billion,"

Macai tentu bangga sangat kalau Najib keluarkan kenyataan macam tu..

Laporan berkaitan..

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih tersenyum bangga apabila boleh bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama pada Disember lalu. 
"Saya kini, untuk rekod, sebagai perdana menteri tunggal yang boleh bermain golf dengan Obama," katanya berseloroh dalam pertemuan dengan pelajar Malaysia di New York semalam. 
Dalam rakaman ucapan yang diperolehi Malaysiakini, Najib berkata bahawa beliau tidak mendapat manfaat dari segi politik daripada perlawanan golf itu. 
"Saya lakukannya kerana saya fikir ia adalah langkah positif untuk kita membina hubungan peribadi dengan presiden Amerika Syarikat. Saya lakukannya demi Malaysia, saya lakukannya demi rakyat.

"Malangnya masanya salah, saya tidak mendapat sebarang keuntungan politik," katanya, yang mengundang ketawa hadirin. 
Najib berseloroh mengenai kecaman yang diterimanya sewaktu bermain golf dengan Obama sedangkan negeri di Pantai Timur mengalami banjir lapor Malaysiakini



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails