Monday, September 14, 2015

Kenapa pembida paling mahal dianugerah projek LRT3 ini?


Tujuan diadakan tender terbuka ialah untuk mendapatkan harga yang paling rendah, selain dari harga, latarbelakang serta pengalaman syarikat yang membida projek berkenaan juga diambil kira..

Tapi lain pulak jadinya dengan projek Transit Aliran Ringan Laluan 3 (LRT3) dari Bandar Utama ke Klang ini..

Yang membida pada harga yang tinggi serta telah terbukti gagal menyiapkan projek mengikut jadual yang menjadi pilihan..

Mengapa agaknya??

Laporan berkaitan..

Putrajaya perlu menimbang semula keputusan melantik konsortium Malaysian Resouces Corp Bhd (MRCB) dan George Kent (M) Bhd sebagai rakan penyampaian projek (PDP) untuk projek Transit Aliran Ringan Laluan 3 (LRT3) dari Bandar Utama ke Klang, kata sumber industri. 
Menurut sumber, walaupun Prasarana Malaysia Berhad sudah mengumumkan pelantikan MRCB - George Kent pada sidang media 4 September lalu, ia menimbulkan banyak persoalan memandangkan syarikat berkenaan menawarkan harga lebih tinggi daripada ditetapkan Prasarana iaitu sebanyak RM9 bilion. 
Berdasarkan dokumen yang dilihat The Malaysian Insider, konsortium MRCB - George Kent memasuki harga tender sebanyak RM11.5 bilion dengan menduduki tempat ketiga terendah daripada 6 penender. 
Manakala konsortium UEM memasuki harga tender berjumlah RM9.88 bilion dan pembida paling rendah pula menawarkan harga paling rendah iaitu RM9.5 bilion. 
Sumber rapat dengan pemilihan LRT3 berkata, pengumuman melantik MRCB - George Kent amat mengejutkan industri pembinaan sistem transit aliran ringan negara memandangkan George Kent sememangnya diketahui mempunyai masalah dengan pembinaan projek LRT jajaran Ampang yang terlewat setahun daripada dijadualkan. 
“Walaupun, syarikat berkenaan mendakwa masalah kelewatan berkenaan bukan berpunca daripada mereka tetapi ia tetap memberikan imej kurang baik kepada Prasarana sebagai pemilik LRT negara. 
“Tambahan pula, pemilihan MRCB sebagai rakan kongsi George Kent bagi membentuk konsortium membida projek LRT ini juga amat pelik memandangkan MRCB lebih terkenal sebagai pemaju dalam bidang pembinaan bangunan komersial bukannya dalam industri pengangkutan,” kata sumber kepada The Malaysian Insider dengan syarat tidak dinamakan. 
Menurut sumber itu, pada awal proses pemilihan syarikat PDP itu, ramai penganalisis beranggapan UEM mempunyai lebih kemampuan dan pengalaman untuk dipilih sebagai PDP dalam LRT3 kerana banyak terbabit dalam projek LRT. 
Pada masa sama, UEM adalah anak syarikat kepada Khazanah Nasional, iaitu syarikat milik kerajaan sepenuhnya dan seharusnya mempunyai peluang lebih baik berdasarkan rekod baik dalam pembinaan LRT. 
“Kumpulan PDP UEM yang berusahasama dengan semuanya terbabit dalam projek pembinaan LRT dan MRT termasuk penyambungan jajaran LRT Ampang serta jajaran LRT Kelana Jaya,” katanya. 
Selain itu, konsortium UEM juga sudah terbukti berjaya melaksanakan agenda Bumiputera seperti yang terbukti dalam projek LRT sebelum ini. 
Sumber itu berkata, sekiranya konsortium UEM terpilih untuk projek LRT3 ini, 45% daripada pakej kontrak berkenaan akan diserahkan kepada kontraktor Bumiputera. 
Selain itu menurut satu sumber lain yang rapat dengan istana Selangor, kegagalan kumpulan UEM mendapat kontrak berkenaan juga mendapat perhatian istana memandangkan salah satu syarikat dalam usahasama UEM iaitu ISY mempunyai kebolehan dalam urusan pengambilan tanah di Selangor. 
Katanya, kebolehan ISY amat penting dalam proses untuk mengambil alih tanah di Selangor memandangkan keseluruhan projek itu berada dalam negeri berkenaan selain ia juga akan berakhir di Klang iaitu Bandar Diraja ~ The Malaysian Insider



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails