Tuesday, September 15, 2015

Wah! Jadi Tok Bomoh la pulak si Jamal ni..


Ketua Umno Sungai Besar Jamal Yunus yang terlibat secara langsung dalam penganjuran 'Himpunan Maruah Melayu' ataupun lebih dikenali sebagai 'baju merah' yakin bahawa keadaan berjerebu pada masa kini akan hilang menjelang tengah malam sebelum perhimpunan tersebut berlangsung pada Rabu ini.

Katanya, keajaiban itu berlaku kerana perhimpunan tersebut akan mendapat keberkatan kerana disertai dengan solat hajat dan doa.

"Hari ini saya rasa akan berlaku satu keajaiban kerana perhimpunan tersebut disertai dengan solat hajat, doa dan kebaikan.

"Saya rasa esok udara langit akan terang benderang. Tak kan ada jerebu lagi. Jerebu sampai tengah malam ini sahaja", katanya ketika dihubungi.

Tambahnya lagi, penganjur perhimpunan tersebut juga tidak akan menyediakan topeng muka untuk diedarkan kepada peserta yang hadir.

"Kita tak akan sediakan. Kita juga sudah beritahu bahawa sesiapa yang hadir tidak diberikan baju, makan sendiri dan semuanya ditanggung sendiri oleh peserta.

"Jadi yang datang ini hanya berbekalkan semangat sahaja. Semangat perpaduan orang Melayu ini adalah maruah Melayu. Itu sahaja yang kami bekalkan".

Manakala, ketika diminta mengulas mengenai Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar yang menghalalkan perhimpunan tersebut kerana mengikut undang-undang di bawah akta Perhimpunan Aman.

"Pihak polis sentiasa menegakkan dan menjaga undang-undang yang telah dibuat", kata Jamal merujuk kepada Akta Pehimpunan Aman.

"Pihak penganjur telah pun mematuhi syarat untuk berhimpun tersebut setelah mendapat kelulusan daripada DBKL untuk menggunakan Padang Merbok.

"Kita juga menjangkakan penglibatan rakyat seluruh negara yang telah dibangkitkan oleh Bersih 4", katanya lagi lapor Berita Daily


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails