Thursday, September 24, 2015

Jamal nak salahkan Cina.. tapi..


Perhimpunan 'Baju Merah' minggu lepas kecoh apabila sekumpulan penunjuk perasaan cuba merempuh benteng di Jalan Petaling sehingga memaksa pihak polis menggunakan tembakan meriam air bagi mengawal keadaan.

Jalan Petaling atau Chinatown sebelum itu diisytiharkan sebagai kawasan larangan oleh pihak berkuasa, dan banyak perniagaan ditutup hari itu kerana khuatir berlaku kejadian tidak diingini.

Jamal sebelum ini berkata, peserta perhimpunan kecewa dengan "imuniti" yang dinikmati peniaga di Jalan Petaling, dengan tiada tindakan diambil terhadap mereka walaupun menjalankan perniagaan haram.

Beliau juga menuduh mereka menjual produk tiruan dan video lucah. Beliau turut mencadangkan supaya peniaga Melayu dibenarkan menjalankan perniagaan di Jalan Petaling dan bukannya membiarkan kawasan itu terus dimonopoli kaum Cina.

Jamal berkata dia pernah memohon untuk mendapatkan tempat menjalankan perniagaan di kawasan itu 10 tahun lalu tetapi ditolak.

Oleh itu Jamal menuntut supaya kawasan perniagaan itu dibuka kepada orang Melayu..

Itu sebahagian dari apa yang dilaporkan oleh The Malaysian Insider beberapa hari yang lalu..

Apa yang jelas ialah Jamal telah meluahkan bahawa beliau pernah memohon untuk mendapatkan tempat bagi menjalankan perniagaan di situ tapi telah ditolak..

Lalu terus dia bagi tahu 1Malaysia yang kononnya kawasan itu telah dimonopoli oleh kaum Cina tapi dinafikan oleh Pengerusi Penjaja di kawasan tersebut.

Katanya peniaga Melayu dan India turut menjalankan perniagaan di sana, kebanyakannya menjalankan menjual makanan dan minuman serta surat khabar.

Nasib baik juga Pengerusi Penjaja itu tidak mendedahkan cerita sebenar tentang bagaimana kawasan perniagaan itu boleh dimonopoli oleh peniaga berbangsa Cina..

Malangnya.. muncul pula Zaharin Mohd Yasin dari UMNO Cawangan manatah.. mendedahkan cerita sebenar sambil menasihati si Jamal tu..


Kah.. kah.. kah.. si Jamal tu dah menyerbu membabi buta rupanya..


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails