Tuesday, September 8, 2015

Fitnah: Nurul Ambil Tindakan Undang-undang Terhadap NST Dan Berita Harian


Percubaan untuk mengaitkan Pembangkang Dengan Justo adalah Percubaan Jahat Untuk Mengalihkan Tumpuan Daripada Persoalan Yang Wajib Dijawab Oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak berkenaan 1MDB dan “Derma” RM2.6 Billion.

Tajuk utama New Straits Times hari ini, “Justo: Nurul Izzah Wanted Stolen Data” adalah merupakan cubaan terdesak daripada media kawalan Barisan Nasional untuk mengalihkan tumpuan daripada isu utama, iaitu 1MDB yang dikaitkan dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya bahawa saya pernah menawarkan US$2 juta kepada Justo dalam bentuk kontrak kerajaan sekiranya Parti Pembangkang memegang kuasa. Saya tidak pernah berjumpa dengan beliau.

Hari ini NST dan Berita Harian telah menjadikan pembohongan ini sebagai tajuk utama, tanpa mengendahkan sejauh mana kebenaran tuduhan-tuduhan tersebut.

Saya dengan ini telah mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap NST dan Berita Harian.

Persoalan yang utama bukanlah mengenai dokumen yang dicuri oleh Xavier Justo. Tetapi yang penting adalah mengenai kandungan dokumen tersebut, termasuk laporan-laporan oleh Wall Street Journal, Sarawak Report dan The Edge berkenaan rasuah besar, pengubahan wang haram, penyelewengan dan dakwaan rasuah pilihan raya, yang dikaitkan dengan 1MDB.

Persoalan 1: 1MDB telah membuat pinjaman sebanyak RM42 billion yang dijamin oleh kerajaan Malaysia. Apakah yang telah dilakukan oleh 1MDB menggunakan wang ini?

Persoalan 2: Bagaimanakah lebih daripada US$1 billion kepunyaan usahasama PetroSaudi-1MDB berakhir dalam akaun yang dikawal oleh syarikat kepunyaan Jho Low?

Persoalan 3: Rm2.6 billion ringgit telah didepositkan dalam akaun peribadi Perdana Menteri. Adakah ianya benar-benar dari penderma Timur Tengah, ataupun ianya merupakan wang 1MDB?

Penyata akaun kepunyaan Datuk Seri Najib Tun Razak, dan aliran wang 1MDB boleh menjawab kesemua persoalan-persoalan ini. Inilah sebab utama PARTI KEADILAN RAKYAT (KEADILAN) dan pemimpin pembangkang yang lain termasuk saya sendiri telah memohon kepada mahkamah dalam saman sivil kami berkenaan pendedahan dokumen berkaitan dan yang menyusul daripada tuduhan yang dibuat oleh Wall Street Journal dan Sarawak Report terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan dan 1MDB.

Kami menuntut agar akaun bank Datuk Seri Najib didedahkan, terutamanya kerana ianya “mengandungi elemen rasuah besar” [1]; daripada bank-bank berikut -
(ii) AmIslamic Bank Berhad (“AmIslamic”);
(iii) Affin Islamic Bank Berhad (“Affin Islamic”); dan
(iiii) Goldman Sachs (Malaysia) Sdn. Bhd(“Goldman Sachs”).

Ini merupakan persoalan dan isu sebenar yang patut dijawab oleh Perdana Menteri. Beliau patut menghentikan penggunaan media kawalan BN dan kenyataan Xavier Justo untuk mengalihkan tumpuan daripada salahlaku beliau sendiri.


Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai
Naib Presiden dan Pengarah JPRP KEADILAN


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails