Wednesday, September 9, 2015

Digelar Tua Dan Anti Kerajaan: Rafidah Bidas 'Kumpulan Baju Merah'


Ahli Umno veteran dan bekas menteri Kabinet Tan Sri Rafidah Aziz membidas penganjur perhimpunan baju merah pada 16 September kerana menggelarnya "tua" dan "anti-kerajaan". 

Rafidah, yang berkhidmat dalam kerajaan persekutuan selama 32 tahun berkata, beliau mempunyai hak sebagai warganegara prihatin untuk menyuarakan pendapat mengenai isu-isu nasional termasuk perhimpunan tersebut.

"Tiada tempat di negara kita bagi sentimen perkauman sempit di kalangan mana-mana kumpulan. Tiada yang mewajarkan itu,"katanya merujuk kepada perhimpunan digelar penganjur sebagai “Himpunan Maruah Melayu".

"Janganlah kita bercakap semata-mata untuk bermuka-muka. Bercakap kerana kita cintakan negara kita melebihi segala-galanya. Bercakap kerana kita mahu kerajaan kembali memimpin negara... dan mengukuhkan ekonomi," tulis Rafidah di laman Facebooknya.

Bekas ketua Wanita Umno dipanggil "tua" dan "anti-kerajaan" oleh penganjur perhimpunan itu kerana mengkritik perhimpunan mereka yang berlangsung di Jalan Bukit Bintang dan Jalan Petaling, Kuala Lumpur pada 16 September ini.

Kedua-dua kawasan yang popular dengan pelancong dan terkenal dikuasai perniaga Cina.

Polis berkata, mereka tidak akan membenarkan perhimpunan itu diteruskan lapor The Malaysian Insider


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails