Tuesday, September 15, 2015

Bila dah Kantoi sponsor baju demo 'Baju Merah', Kamalanathan kata dia tak sedar dah sponsor baju itu..


Sebelum ini Presiden MIC Datuk Seri Dr. S. Subramaniam telah menyatakan pendirian bahawa MIC melarang anggotanya untuk menyertai himpunan baju merah dan akan mengambil tindakan disiplin terhadap mana-mana ahli yang menyokong dan menyertainya.

Beliau berkata himpunan baju merah adalah himpunan berasas kaum dan percaya himpunan tersebut akan menimbulkan gangguan dan memberi impak negatif kepada kestabilan politik, ekonomi dan menjejaskan keharmonian kaum di negara ini..

Tiba-tiba viral di laman sosial seperti WhatsApp  ucapan terima kasih penganjur kepada Kamalanathan kerana menaja 220 helai baju untuk demo baju merah itu..


Bila dah kantoi melanggar arahan Presiden MIC mengenai himpunan 'Baju Merah' itu Kamalanathan cuba memperbodohkan rakyat dengan alasan beliau tidak sedar dan tahu menahu tentang majlis itu.. 

“Berdasarkan semangat membantu NGO dan muhibah, pegawai-pegawai di pusat khidmat saya telah memperuntukkan sumber dan ruang pejabat, tanpa mengetahui majlis apa yang bakal diadakan.

Apa punya bodoh alasan dia ni.. sumbangkan dana, berikan ruang pejabat untuk digunakan tapi tak tahu nak digunakan untuk majlis apa..

Kah.. kah... kah..

Laporan berkaitan..

Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan tidak tahu yang beliau dalam diam telah membantu penjualan baju merah Himpunan Rakyat Bersatu di kawasan parlimennya, baru-baru ini. 
Mesej-mesej penganjur himpunan itu mengucapkan terima kasih kepada beliau, kerana “menaja” kira-kira 200 helai baju merah, tersebar melalui aplikasi WhatsApp dan menjadi viral di laman media sosial, 
“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Hulu Selangor, YB Kamalanathan untuk tajaan 220 baju Himpunan Maruah Melayu kepada kami di kawasan Bukit Sentosa. 
“Kepada mereka yang telah tempah, tetapi belum dapat baju itu, boleh datang ambil baju itu di pejabat Parlimen Hulu Selangor,” demikian kandungan satu daripada mesej yang tersebar di WhatsApp. 
Kamalanathan ketika ditanya mengenai perkara itu berkata, pejabatnya memberi peruntukan tanpa mengetahui aktiviti apa yang bakal diadakan. 
Tegasnya, beliau menentang sebarang perhimpunan yang boleh menjejaskan keharmonian kaum. 
Jelasnya, seperti kawasan parlimen lain, beliau turut menerima permintaan untuk memberi bantuan kepada badan bukan kerajaan (NGO) lain. 
“Pejabat saya turut menerima permohonan untuk menggunakan ruang (pejabat) kami untuk mengadakan mesyuarat dan majlis-majlis kecil. Ini adalah perkara yang dilalui semua ahli parlimen dan kami berikan sokongan dengan penuh kepercayaan. 
“Satu-satunya niat kami adalah untuk memberi bantuan kepada organisasi-organisasi ini untuk menjalankan program dan aktiviti mereka. 
“Berdasarkan semangat membantu NGO dan muhibah, pegawai-pegawai di pusat khidmat saya telah memperuntukkan sumber dan ruang pejabat, tanpa mengetahui majlis apa yang bakal diadakan. 
“Kami akan lebih berhati-hati pada masa depan, bagi memastikan insiden seperti ini tidak berulang,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini ~ The Rakyat Post



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails