Saturday, September 26, 2015

Ali Tinju batalkan himpunan sambil beri amaran kepada pihak berkuasa..


Presiden Persatuan Tentera Veteran Melayu Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju yang mengakui menjadi penganjur perhimpunan baju merah esok di Jalan Petaling di Kuala Lumpur mengumumkan pembatalan protes tersebut.

Beliau berkata, keputusan untuk membatalkan protes tersebut diputuskan selepas disarankan pihak berkuasa untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun beliau berkata keputusan membatalkan hanya bersifat sementara untuk memberi ruang kepada pihak berkuasa menyelesaikan isu tuntutan hak peniaga Bumiputra di Jalan Petaling.

"Setelah dinasihatkan oleh polis, jadi kita membatalkan saja dan ini bertujuan untuk memberi masa dan ruang kepada pihak berkuasa menyelesaikan isu di Jalan Petaling.

"Tapi kita tidak jamin sekiranya masih ada protes esok cuma ianya bukan daripada pihak kita," katanya kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun beliau memberi amaran sekiranya pihak berkuasa gagal untuk menyelesaikan isu tersebut maka, gerakan baju merah tidak akan teragak - agak untuk menganjurkan protes semula.

Beliau juga tidak menolak akan berlaku kekerasan dalam protes yang akan dianjurkan kelak.

"Kita tidak akan berdiam diri? kalau masih gagal selesaikan masalah kita tidak akan dengar pihak berkuasa lagi, kita akan tetap adakan protes biarpun sekiranya dalam bentuk kekerasan," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau juga turut menjelaskan protes di Jalan Petaling adalah daripada kumpulannya yang digelar sebagai gerakan baju merah dan tidak ada kaitan dengan Datuk Jamal Md Yunos.

"Jamal dari kumpulan perhimpunan baju merah kita gerakan baju merah. Kita ada ribuan ahli dan kita mula bangkit sejak daripada insiden pergaduhan di Plaza Low Yat , Julai lalu," katanya.

Mohd Ali berkata kumpulannya akan mengadakan protes pada setiap minggu di Jalan Petaling sekiranya pihak berkuasa gagal menyelesaikan masalah setelah diberi tempoh.

Pada masa sama beliau juga berkata gerakannya juga akan membuat tuntutan kepada Barisan Nasional untuk memutuskan hubungan dengan MCA.

"Kita tidak perlukan MCA mereka ini tali barut DAP, mereka ini bukannya beri kemenangan kepada BN, tapi kenapa masih diberi kerusi dalam kabinet," soal beliau.

Bagaimanapun beliau tegas mempertahankan tindakannya itu dan enggan digelar sebagai seorang yang bersifat anti perkauman.

Apa yang dibuktikan olehhnya adalah memperjuangkan untuk memperjuangkan hak kaum Melayu.

Katanya, kaum bukan Melayu yang tinggal di negara ini sewajarnya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan bukannya mengambil hak Melayu lapor The Malaysian Insider


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails