Monday, September 28, 2015

Ringgit pulih jika selesai dua isu, antaranya !MDB.. kata Profesor dari MPN


Jika sebelum ini 1MDB menyuarakan rasa kesalnya ke atas kenyataan Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang seolah-olah menyebut syarikat  itu sebagai penyebab ringgit lemah... hari ini muncul seorang Proffesor yang turut menyalahkan 1MDB..

Zeti sewaktu menjadi panel dalam acara pengumuman Laporan Kemaskini Ekonomi Malaysia 2015 di Bangunan Sasana Kijang telah berkata

"Kita tidak perlukan satu lagi skandal. Kita tidak perlu ketidaktentuan politik. Kesemua isu berkenaan 1MDB perlu diselesaikan, barulah kita boleh menyaksikan ringgit naik semula,"

Video sila lihat di ( SINI )

Rentetan dari itu pihak 1MDB yang diilhamkan oleh Presiden UMNO yang namanya Najib Tun Razak itu telah mengeluarkan satu kenyataan..

“Penyusutan nilai ringgit dan mata wang lain disebabkan oleh kejatuhan mendadak minyak mentah, unjuran kadar peningkatan kadar faedah US serta kelembapan ekonomi dunia dalam pasaran pesat membangun.

"Berdasarkan fakta sejarah, belum ada satu syarikat pun yang dikaitkan sebegitu rupa kepada nilai ringgit. Kami yakin fakta yang dikongsi oleh 1MDB dan penjelasan segera yang dikeluarkan setakat ini, akan memberikan penjelasan dan jaminan kepada semua pihak berkepentingan,"

Hari ini seorang Ahli Jawatankuasa Kluster Ekonomi dan Kewangan, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Abdul Rahim Abdul Rahman turut meletakkan 1MDB sebagai antara punca Ringgit terus lemah..

SHAH ALAM - Nilai ringgit akan kembali pulih sekiranya isu kejatuhan harga minyak dan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dapat diselesaikan serentak.

Ahli Jawatankuasa Kluster Ekonomi dan Kewangan, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Abdul Rahim Abdul Rahman berkata, jika salah satunya selesai, ia belum dapat menyelesaikan masalah kejatuhan ringgit.

“Walaupun 1MDB dapat diselesaikan, itu belum bermakna ringgit akan pulih kerana ia turut bergantung kepada situasi kejatuhan minyak dunia.

“Begitu juga sebaliknya. Saya berpendapat kedua-duanya perlu diselesaikan serentak,” katanya, semalam.

Menurutnya, isu 1MDB hanya mempengaruhi keyakinan pelabur asing yang ingin datang melabur di negara ini walaupun harga minyak kembali meningkat.

Beliau mengulas kenyataan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang yakin ringgit akan naik semula sekiranya isu 1MDB dapat diselesaikan.

Kata Abdul Rahim, harga minyak akan kembali naik apabila keadaan ekonomi di negara besar seperti China, Amerika Syarikat dan Eropah kembali pulih.

“Saya tidak fikir harga minyak akan kembali meningkat pada tahun ini melihatkan kepada ekonomi China yang belum ada perubahan drastik.

“Mungkin dalam enam bulan akan datang, keadaan akan berubah sedikit tetapi bergantung kepada ketiga-tiga negara besar itu (China, Amerika dan negara-negara Eropah),” katanya lapor Sinar Harian

Adakah esok kita akan melihat 1MDB sekali lagi melahirkan kekesalannya?.. sama-samalah kita nantikannya...


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails