Saturday, August 15, 2015

Sulu, Syiah dan sekarang cerita ni pulak? boleh percaya ke cerita Zahid ni?


Bukan apa.. dulu dia kata dah kenal pasti pemimpin pembangkang yang jadi dalang pencerobohan Sulu tu.. tapi sampai sekarang tak keluar satu nama pun dari dia..

Lepas tu pulak dia kata Mat Sabu tu pengikut Syiah, dia ada bukti kukuh dan akan ambil tindakan seterusnya.. sampai sekarang hasilnya hampeh!

Ini pulak dia kata ada pemimpin UMNO yang mengetuai gerakan untuk menjatuhkan kerajaan.. yang mana semua yang mengikut pemimpin UMNO itu ialah pemimpin pembangkang..

Kah.. kah.. kah.. patutlah Blogger Otai dari UMNO kata ini 'Menteri Tin Kosong'.. cakap pong pang, pong pang.. hasilnya tiada..

Laporan berkaitan..

Seorang pemimpin Umno sedang mengetuai gerakan untuk menjatuhkan kerajaan melalui "pintu belakang" dengan sokongan ahli Parlimen pembangkang, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

Naib presiden Umno itu berkata, sebagai timbalan perdana menteri dan menteri dalam negeri, beliau difahamkan, mereka sedang menyediakan akaun bersumpah (SD) untuk menggulingkan kerajaan.

"Terdapat usaha mendapatkan SD di kalangan ahli Parlimen pembangkang untuk menarik ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk menjatuhkan kerajaan melalui pintu belakang.

"Saya dapat maklumat ini daripada sumber boleh dipercayai. Ini usaha yang sedang dijalankan... peliknya, ia diketuai Umno, ahli BN," kata Zahid semasa merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Ampang di Dewan Dato' Setia Mufti Shuib di Ampang, Selangor hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan identiti pemimpin Umno berkenaan, dan berkata ia akan “terbongkar sendiri”.

Zahid berkata, gerakan itu sedang berjalan, dan seorang peguam sudah bersedia untuk bentang memorandum 7 halaman yang dibuat dengan kertas kuning, dengan dilampirkan sekali SD, bagi menunjukkan mereka mewakili majoriti.

“Ini adalah perkara serius. Mereka tidak boleh tunggu hingga pilihan raya umum akan datang. Mereka mahu masuk ikut pintu belakang.

“Mereka bukan saja tikam parti dari belakang, tetapi mereka memusnahkan institusi demokrasi,” katanya.

Beliau berkata, sebagai menteri dalam negeri beliau tidak akan membenarkan sebarang usaha menggulingkan kerajaan akan berjaya dan menggesa Umno bangkit mencegah rancangan itu daripada jadi realiti.

Zahid juga menggesa perwakilan supaya jangan mensabotaj parti sendiri, dan berkata mereka yang berbuat demikian tidak stabil mentalnya.

“Jangan tebuk lubang dalam kapal ini. Kita perlu layari kapal ini bersama. Itu cari yang betul.

“Sebaliknya, kita ada seseorang yang ambil pemutar skru dan korek lubang dalam kapal itu. Pemimpin itu tidak stabil mentalnya, masuk air,” kata Zahid.

Khabar angin tersebar menyatakan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang cuba menggulingkan kerajaan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyingkirkan beliau daripada Kabinet.

Bagaimanapun, bekas perdana menteri itu menafikannya berulang kali dan menegaskan beliau tidak akan mengkhianati Umno.

Sementara itu, Asia Sentinal melaporkan veteran Umno Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah ada bertemu dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menubuhkan kerajaan perpaduan bagi menyingkirkan Najib ~ The Malaysian Insider

Ni propaganda terbaru pemimpin-pemimpin UMNO Pro Najib (Penjilat Najib)..

Jatuhkan Najib = Jatuhkan Kerajaan

Apa punya bodoh propaganda tu.. macamlah dah tak ada pemimpin UMNO yang lebih baik untuk menggantikan Najib tu hinggakan jatuh Najib jatuhlah Kerajaan..

Atau memang tak ada yang cerdik pun?


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails