Tuesday, August 4, 2015

Semoga Najib Terasa Dengan Apa Yang MB Johor Kata Ni..


Mungkin kerana apa yang hendak disampaikan dalam ucapannya dua hari lalu ketika merasmikan persidangan Wanita UMNO Bahagian Pasir Gudang tidak dipetik kebanyakkan media, hari ini beliau muat naik semula petikan ucapannya ke laman Facebook miliknya..

Ahad lalu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilapor menyarankan kepimpinan parti supaya berlapang dada dan mendengar suara hati anggota parti itu bermula dari peringkat akar umbi.

Mohamed Khaled berkata langkah itu penting memandangkan anggota UMNO di peringkat akar umbi menjadi pendukung parti itu selama ini.

"Sekarang bukan lagi zaman di mana kepimpinan dilayan laksana separa dewa manakala sifat serta budaya 'feudal' bukanlah budaya UMNO," katanya ketika merasmikan persidangan tersebut.

Menurut Menteri Besar Johor itu anggota UMNO pula dalam masa yang sama harus tampil bagi menyatakan pendapat masing-masing khususnya menerusi persidangan sedemikian.

Kebanyakkan media hanya memetik dan melaporkan "kepimpinan dilayan laksana separa dewa" jadi MB Johor itu memuat naik ucapannya yang lain-lain..



Petikan ucapan YAB MB Johor ketika merasmikan persidangan Wanita UMNO Bahagian Pasir gudang pada 2hb Ogos 2015 di Dewan MPJBT Jalan Gunung, Seri Alam

1. UMNO adalah pergerakan siasah yang dibangun dengan keringat, dengan airmata, dengan perjuangan yang sangat tulus. 
2. Perjuangan UMNO kesemuanya adalah tentang bangsa dan parti. Tidak pernah tentang diri sendiri dan kepentingan peribadi. 
3. UMNO tidak lagi boleh hanya jadi pemerhati, bila bangsa masih bergulat dengan kemiskinan dan jurang keberadaan. Kalian tidak boleh berdiam diri, kalau rasuah jadi budaya atau misalnya amanah di khianati. UMNO tidak boleh hanya membisu bila parti, tidak lagi mengutamakan perjuangan bangsa Melayu tetapi digunakan untuk membela golongan tertentu atas nama kesetiaan pada parti. Atau disiplin kepartian mentaati pemimpin.Sudah sampai masanya UMNO bergerak beberapa langkah ke hadapan. Lebih proaktif dan lebih dominan. 
4. Mengingatkan kepimpinan parti tentang tanggungjawabnya. Mengingatkan tentang pertanggungjawaban. Mengingatkan tentang amanah. Mengingatkan tentang nilai dan prinsip, yang selama ini menjadi jiwa dan nurani pergerakan parti. 
5. UMNO harus tampil untuk menyatakan apa yang sebenar-benarnya terbuku di hati kita. Dan kepimpinan parti harus berlapang dada mendengar suara hati nurani pendukung parti. 
6. Zaman ini bukan lagi zaman dimana kepemimpinan itu dilayan laksana separa dewa. Sifat dan budaya feudal bukan budaya UMNO. Budaya UMNO adalah tentang nilai-nilai yang baik, yang terpuji, luhur dan mahmudah. 
7.UMNO bukan milik pemimpin. Ia milik kita semua. Jawatan tidak ada turun menurun. 
8. Suka atau tidak, kita kena terima hakikat, umno hari ini berhadapan dengan krisis kredibiliti yang luar biasa, bukan lagi krisis persepsi kini menular sebagai krisis kewibawaan, rekahan kepada kesatuan parti telah mula jelas kelihatan.

Apa yang kita perlu maklum dan macai-macai perlu terima ialah apa yang diucapkan oleh MB Johor itu ialah apa yang kini sedang berlaku dalam UMNO..

UMNO.. dulu dan kini dah tak sama... dulu demi bangsa.. kini demi perut sendiri dan kroni..


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails